Friday 9 November 2012

Tema Novel Kembara Amira

Tema Novel mesti ikut Bahagian Pembangunan Kurikulum 

Tema
 


Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melalui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia.  Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.

Sinopsis Ikut Bab Novel kembara Amira

Kerja Rumah 2013/Salin semula buat anak-anak 4 AF/IK/IR/AK

Sinopsis kembara Amira


Bab 1:
· Amira dan rakan baiknya Jacinta bakal menghabiskan musim cuti sekolah bersama-sama ibunya, Profesor Zaidah di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa bersama-sama pelajar tahun akhir Universiti yang sedang menjalankan kajian arkeologi. Dalam kesibukan ibunya Amira turut memikirkan akan ayahnya yang bertugas sebagai seorang jurutera komputer sebuah syarikat multinasional negara dan sedang berada di Eropah kerana menjalankan tugas.

Monday 8 October 2012

Pecut SPM 2011

PENDAHULUAN KARANGAN BAHAGIAN   B
TEKNIK ( KMDSA= Kuat Makan Dapat Sakit Angin/ Keadaan /Mengapa/Di mana/Siapa/Apa)

Soalan : Kepentingan amalan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat Malaysia.

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN:
Keadaan
(salin soalan )Amalan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat Malaysia masih belum mendapat sambutan


Mengapa
(Kena hafal)Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia belum didedahkan tentang faedah amalan teknologi hijau.
Di mana
Di Korea Selatan dan Jepun amalan teknologi hijau sudah sebati dalam kehidupan seharian rakyatnya.
Siapa
Siapakah yang silap?Kerajaan atau rakyat?
Apa
Kerajaan perlu mendedahkan kepentingan amalan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat Malaysia.


PENDAHULUAN (KMDSA)
                Amalan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat Malaysia masih belum mendapat sambutan.Hal ini demikian kerana rakyat Malasyia belum didedahkan tentang faedah amalan teknologi hijau.Namun begitu di Korea Selatan dan Jepun amalan teknologi hijau ini sudah sebati dalam kehidupan seharian rakyatnya.Siapakah yang silap ? Rakyat atau kerajaan?Tegasnya kerajaan perlu mendedahkan kepentingan atau faedah amalan teknologi hijau dalam kehidupan masyarakat.

Karangan Masalah Kesihatan Mental ( Pelajar Halus)


Masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja telah meningkat dari 16 peratus kepada 32 peratus pada tahun 2012.Oleh itu usaha-usaha menangani masalah kesihatan mental perlu diambil tindakan segera

Faedah Bersukan (Karangan Pelajar Halus)


Bersukan merupakan aktiviti riadah yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini wajar dijadikan sebagai gaya hidup masyarakat  kerana terdapat pelbagai manfaat

Keracunan makanan ( Karangan Pelajar Halus)


Banyak kes keracunan dipaparkan melalui media massa. Oleh itu,Kementerian Kesihatan wajar menangani masalah ini dengan mengenal pasti punca keracunan makanan

Friday 28 September 2012

Inap desa ( 4AF/IK/AK/IR)


Soalan :Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk memajukan industri inap desa di negara kita.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

Monday 24 September 2012

Karangan yang tak kena (Terpengaruh dengan bahasa bombastik)


Karangan Meroyan lagi meloya…
Bukan lagi bombastik tetapi bom angin kus kus busuk daaaa...
1. Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di empat penjuru dunia ini tentang( apa-apa tajuk soalan...)
2.Prakarsa yang dinamik.....( idea pertama)

3.Prakarsa yang pragmatik......( idea pertama)
4.Prakarsa yang pragmatik lagi heterogen.....
5.Prakarsa yang dinamik lagi afdal.......
6.Mayapada ini dan marcapada ini.....( pendahuluan)
7.Dalam era langit terbuka yang relatif singkat ini
8.Akhirulkalam sebagai kesimpulan( hanya sesuai untuk surat tidak rasmi)
9.Muasir ini ( tiada dalam kamus dewan) muassir bahasa Arab yang belum diterima sebagai kata pinjaman
10.Para cakerawati......bahasa sastera lama
11.Izharnya......hukum tajwid( jelas,nyata,terang)
12.Minhaj/uslub

Saturday 22 September 2012

Jawapan contoh Novel Azfa Hanani


Soalan 3 : Terangkan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Novel yang saya kaji,iaitu Azfa Hanani karya   Halis Azhan Mohd Hanafiah.
            Latar masyarakat ialah gambaran tentang sesuatu masyarakat dari segi keadaan ,taraf hidup,kepercayaan dan lain-lain.Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang kaya dan mementingkan status.Contohnya , Tengku Muzaffar yang berasal daripada keluarga bangsawan  atau kaya menghalang perhubungan adiknya ,iaitu Tengku Murni dengan Ekran kerana menganggap Ekran daripada golongan marhaen.

Kaedah menulis pendahuluan ( Pelajar HALUS )



1. Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi idaman setiap remaja.
Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.

Cantuman pelbagai Kaedah dalam menulis karangan( Asas Untuk Murid Halus)



1.      Sejak belakangan ini,penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa.Penggunaan telefon bimbit telah mendatangkan pelbagai kesan kepada pelajar.

Berikan pendapat anda tentang  kesan-kesan negatif  penggunaan  telefon bimbit dalam kalangan pelajar

Wednesday 8 August 2012

Cara Menulis Rumusan


KAEDAH MENULIS RUMUSAN
PENDAHULUAN
ARAHAN SOALAN
TUKAR DENGAN
Faktor-faktor
Punca-punca/sebab-sebab/potensi
Langkah-langkah
Usaha-usaha/cara-cara/tindakan-tindakan/cadangan-cadangan
Masalah
Kekangan/halangan/karenah/penghalang
Faedah-faedah
Keperluan/peranan/kesan positif/kepentingan
Akibat
Kesan-kesan negatif/keburukan/implikasi

Pendahuluan karangan Pencemaran Sungai:



Soalan: Sungai merupakan khazanah alam yang tiada nilainya .Namun keadaan sungai-sungai di Malaysia pada hari ini amat membimbangkan.Usaha yang bersepadu daripada pelbagai pihak adalah amat penting adalah amat penting untuk mengatasi masalah pencemaran sungai yang semakin serius.
Tuliskan komen anda berkaitan perkara ini.

Wednesday 6 June 2012

Soalan No.4 ( 3 Perwatakan BUKAN 3 watak)


a)      Watak merupakan pelaku yang menggerakkan atau menghidupkan cerita dalam sesebuah hasil karya. Berdasarkan pernyataan ini,huraikan tiga perwatakan watak utama novel yang anda kaji.
                                                                                                                             ( 7 markah)
            Novel yang saya kaji ialah Azfa  Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah.Watak utama yang menghidupkan novel ini ialah Azfa Hanani.

Saturday 3 March 2012

Buat Anak-anak 5 USM 2012


Meninggalkan ibadat itu adalah suatu kesesatan,membuat perkara yang terlarang pula adalah maksiat,sedang yang fardu tidak boleh gugur walau apa-apa pun  berlaku.

Saturday 14 January 2012

Peribahasa Tingkatan 4 dan 5


1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri