Soalan :Huraikan pendapat anda
tentang usaha-usaha yang boleh
dilaksanakan untuk memajukan industri inap desa di negara kita.Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan
.
Pendahuluan ( Kuat Makan
Dapat Sakit Angin)K M D S A
Keadaan/isu
semasa(salin sebahagian soalan)
|
Industri
inap desa di negara kita masih kurang mendapat sambutan….
( Soalan
)
(keadaan /isu semasa)
|
Mengapa
|
Pengusaha kurang berpengalaman
|
Di mana
|
Di Jepun ,New Zealand sudah popular
|
Siapa
|
Kementerian pelancongan/pengusaha
|
Apa
|
Persoalannya,apakah ( salin soalan)
|
Industri
inap desa atau ‘homestay’ di negara kita masih kurang mendapat sambutan
daripada pelancong tempatan dan pelancong luar negara.Hal ini demikian kerana
pengusaha inap desa masih kurang pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan
industri ini. Di Jepun,New Zealand dan Korea Selatan industri inap desa amat
popular dan telah menyumbangkan pendapatan yang lumayan kepada penduduk
setempat. Oleh itu, Kementerian Pelancongan dan pengusaha sewajarnya berusaha memajukan industri inap
desa ini.Persoalannya,apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk
memajukan industri inap desa di negara kita?
Idea 1 ( IMBaKUP)
Idea 1 (telah diberikan)
|
Memberi bantuan kewangan
|
Mengapa
|
Untuk menaik taraf bilik,tandas
|
Bagaimana
|
Modal pusingan atau permulaan
|
Kesan
|
Modal yang mencukupi/tidak berhutang dengan pihak
yang tidak bertangungjawab
|
Ungkapan
|
Gulung tikar
|
Penegasan
|
Tanpa bantuan semua kerja bagai mengasah parang
timah
|
Antara
usaha yang sesuai ialah memberi bantuan kewangan kepada pengusaha industri inap
desa.Bantuan kewangan amat penting untuk pengusaha menaik taraf bilik
tidur,ruang tamu ,tandas dan kemudahan rekreasi.Bantuan ini juga dapat
dijadikan sebagai modal pusingan atau modal permulaan untuk membiayai kos
pengiklanan ,kos buruh dan sebagainya
.Sebagai akibatnya pengusaha tidak lagi
dibebani masalah kewangan dan tidak perlu berhutang dengan pihak yang tidak
bertanggungjawab seperti along.Jelasnya tanpa bantuan kewangan,pengusaha
industri inap desa pastinya gulung tikar
atau hanya mengasah parang timah.
Idea 2 : I C K P ( IC Kad Pengenalan)
Idea 2
|
Latihan/kursus pengendalian inap desa
|
Contoh
|
Bengkel Keusahawanan Homestay
Sarawak 2011
|
Kesan
|
Pengurusan yang cekap/strategi
berkesan
|
Penegas
|
Pengurusan inap desa penting agar
tidak jadi seperti kata pepatah berniaga buluh kasap hujung hilang pangkal
lesap
|
Selain
itu, Kementerian Pelancongan mestilah mengadakan latihan,kursus,bengkel untuk
pengusaha inap desa.Sebagai contohnya
bengkel Keusahawanan Homestay Sarawak 2011.Melalui kursus ini pengusaha dapat
bertukar-tukar fikiran ,menimba ilmu pengurusan dan strategi pemasaran agar dapat
menarik perhatian pelancong.
Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit berkata jumlah inap desa
yang banyak di negara kita belum mampu menarik perhatian pelancong jika tidak
bijak dalam pengurusan inap desa.Tuntasnya,kemahiran pengurusan dan
pengendalian inap desa penting agar pengusaha tidak jadi seperti kata pepatah, berniaga buluh kasap hujung hilang pangkal
lesap.
nice
ReplyDelete