Monday 15 August 2011

Cerpen Cintan oleh Muhammad Aswad Samidin

PANDANGAN PERTAMA
            Dari sebuah bangku di kantin, mulutku mengunyah makanan, tanganku mengais – ngais nasi dan lauk untuk sebatikannya. Mataku pula liar memandang tepat pada bahagian tempat makan perempuan. Sedang mataku melihat – lihat, tiba – tiba sahaja aku ternampak perhiasan dunia yang menjadi tarikan mataku. Seorang budak perempuan yang cantik, penuh dengan kesopanan berpakaian menarik perhatianku. Dalam fikiranku sudah berlegar soalan – soalan remeh yang ingin aku tujukan kepadanya. Siapa? Dari Mana? Mengapa?. Semuanya sudahku fikir sehinggakan kawanku, Afiq menegurku pun tidakku sedar.

Monday 8 August 2011

Karangan Farah Izzati bt Ahmad Yani

Tajuk : Keburukan Merokok ( Farah Izzati bt Ahmad Yani 4 USM)

            Ke mana-mana sahaja kita pergi, pastinya kita dapat melihat asap rokok
berkepul-kepul di ruang udara. Ini merupakan (tidak boleh mula ayat dgn ini)satu pemandangan dan suasana yang tidak enak untuk kita. Namun bagi mereka yang sudah tegar, pandangan orang lain tidak lagi dipedulikan malah sedikit pun tidak menjadi bekas di hati. Bagi kaum Adam, mereka merasakan bahawa merokok adalah penanda aras untuk menunjukkan kematangan. Ada sebilangan kaum Hawa juga berani berjinak-jinak dengan najis ini. Mereka ingin menunjukkan kepada dunia, mereka juga boleh melakukan semua perkara yang lelaki mampu buat. Tidakkah mereka sedar akan keburukannya ?

Thursday 4 August 2011

Karangan Nurul Aqilah bt Abu Hassan

Bahagian A
Soalan :Punca-punca Penderaan Kanak-kanak(Nurul Aqilah bt Abu Hassan  4UPM2010)
                Banyak kes penderaan kanak-kanak terpampang di dada-dada akhbar arus perdana .Masalah ini amatlah membimbangkan  semua pihak kerana kanak-kanak merupakan aset negara ,pewaris kepimpinan pada masa depan.Sekiranya masalah ini dibiarkan berlanjutan maka akan mendatangkan impak  besar dalam institusi keluarga,masyarakat dan negara .

Karangan Daniel A Ghafar(gaya penulisan yang seronok dibaca)

FAKTOR-FAKTOR RASUAH
Pernahkah anda mendengar mitos Melayu tentang Badang? Lelaki yang mahukan kuasa dan kekuataan sehingga sanggup menelan muntah hantu air. Begitu jijik dan kotor apabila didengar tetapi sedihnya itulah yang berlaku pada zaman ini. Biarpun mitos Badang sudah tidak relevan di dunia serba canggih ini, tetapi muntah hantu air tetap wujud dalam bentuk rasuah. R-a-s-u-a-h, rasuah. Perkataan yang mengerutkan dahi memikir cara penyelesaiannya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.