Monday 15 August 2011

Cerpen Cintan oleh Muhammad Aswad Samidin

PANDANGAN PERTAMA
            Dari sebuah bangku di kantin, mulutku mengunyah makanan, tanganku mengais – ngais nasi dan lauk untuk sebatikannya. Mataku pula liar memandang tepat pada bahagian tempat makan perempuan. Sedang mataku melihat – lihat, tiba – tiba sahaja aku ternampak perhiasan dunia yang menjadi tarikan mataku. Seorang budak perempuan yang cantik, penuh dengan kesopanan berpakaian menarik perhatianku. Dalam fikiranku sudah berlegar soalan – soalan remeh yang ingin aku tujukan kepadanya. Siapa? Dari Mana? Mengapa?. Semuanya sudahku fikir sehinggakan kawanku, Afiq menegurku pun tidakku sedar.
“Woi, Yas. Termenung apa lama – lama?,” bertanya kawan karibku ini kepadaku. Aku hanya tersenyum sinis sahaja. “Aku tahu, kau mesti sedang melihat budak baru itukan?. Tidak perlu hendak berdalih. Aku sudah tahu kau tu.”
Baruku bersuara, “Siapa dia tu?”
“Dia dari Maran, Pahang. Nama dia aku tak tahu tapi yang pastinya dia masuk kelas 4UIA. Kalau nak tahu lebih lanjut, pergilah sendiri jumpa dia”. ”Itu pun kalau kau berani”, sindir kawanku itu.
Aku hanya mampu tersenyum sambil hatiku mula terasa ingin tahu. Loceng menandakan tamatnya waktu rehat sudah berbunyi. Aku bergegas ke kelasku.Aku sempat melihat dia dengan jelas. Mempunyai muka yang cantik dan putih berseri, memakai baju putih, tudung labuh dan berkain biru muda. Sejuk mataku melihat dia sebegitu, bukannya macam perempuan lain yang boleh menggugat keimanan seseorang. Aku juga dapat melihat kesopanan dia bercakap dengan kawan – kawannya dan membiarkan lelaki – lelaki yang nakal mengacaunya.
Jam menunjukkan tepat pukul 2.40 petang. Loceng pulang telah berbunyi. Macam biasa, aku berjalan ke wakaf, tempat menunggu bersama kawan – kawanku. Di wakaf, sekali lagi aku ternampak dia sedang berdiri bersama begnya seorang diri bertemankan tiang yang menjadi tempat dia bersandar. Sejam kemudian, semua orang sudah pulang. Aku ingat, hanya aku seorang yang tinggal. Rupa – rupanya dia masih lagi berdiri di situ.
Hatiku mula berkata, “inilah peluangku. Bukan senang untuk dapat peluang macam ini”. Dengan perlahan, aku mengatur langkah pergi kepadanya. Selangkah demi selangkah, semakin dekat diriku dengannya, semakin bergetar hati dan perasaanku. Sampai sahaja aku di tepinya yang mempunyai tiang di tengah – tengah, aku memberi salam, “Assalamualaikum”. Dia menoleh dan hanya senyum sahaja kemudian toleh kembali. Aku kuatkan semangat dengan mula bertanya beberapa soalan. “Budak baru ke?, Nama siapa?”.
Lama juga aku menunggu baru dia menjawab, “Ya. Erm, Pentingkah untuk mengetahui nama?”. Aku menoleh ke bawah cuba untuk mencari jawapan. Aku menjawab, “Hanya sekadar untuk berkenalan. Nama saya, Muhammad Ayyas. Tingkatan 4 dan belajar di kelas 4USM”. Sekali lagi, dia hanya senyum sahaja. Menjadi tanda tanya kepadaku mengapa dia sering senyum sahaja.
 Dia menunjukkan buku latihannya kepadaku. “Oh, namanya Siti Khadijah”. Bisik hatiku. Aku membalas senyumannya dengan hati yang penuh gembira. Banyak lagi soalan yang berlegar – legar di dalam mindaku akan tetapi aku terpaksa membatalkan hasratku. Masa lebih pantas dariku. Ayahnya sudah datang. Aku hanya melihat dia membonceng motor dan pergi jauh dari pandanganku. Aku masuk ke dalam sekolah semula dan mendapati emakku sudah habis bermesyuarat. Aku terus pergi kepada emakku, menolongnya membawa beg laptopnya dan masuk ke dalam kereta.
Keesokan harinya, aku datang ke sekolah pada pukul 7 pagi. Aku berjalan ke kantin dan duduk di tempat yang selalu aku dan kawan – kawan berkumpul. Seorang demi seorang datang sehingga kawan karibku, Afiq menunjukkan mukanya.
Dia bertanya, “Apa perkembangan terkini Yas? Dah tanya dia?”. Aku menjawab pula, “sudah tapi tidak semua. Aku hanya dapat nama sahaja”.
“Kenapa tanya yang itu sahaja? Tanyalah lagi.”
“Memang nk tanya tetapi tidak cukup masa. Ayah dia datang”.
“Kalau macam itu, kau kena cuba lagi. Jangan berputus asa”
“Insya-Allah, kalu diizinkan Ilahi”, jawabku. Loceng bermulanya persekolahan bermula berbunyi. Aku mengambil beg dan masuk ke kelas. Di dalam kelas, aku dapat mendengar perbualan – perbualan rakan sekelasku mengenai dirinya. Aku hanya mendengar dan mendapat sedikit maklumat. Dia mendaftar untuk menjadi Pengawas Pusat Sumber. Dengan ini, aku mendapat peluang yang banyak untuk mendekatkan diriku kepadanya. Dia akan ditugaskan untuk menjaga Pusat Sumber pada waktu rehat. Tanpa membunag masa, setiap kali rehat, aku akan makan dan pergi ke pusat sumber. Aku melakukannya selama 4 bulan tidak henti sehingga aku betul – betul mengenalinya dengan lebih rapat.
Pada suatu hari, Afiq bertanya kepadaku, “Macam mana? Dah dapat?”. Aku menjawab, “belum lagi. Dia ni bukannya macam ikan yang dijual di pasar. Hanya pilih dan beli sahaja. Kita kena bela dia dahulu, bagi makan kepadanya, lama – lama baru kita boleh belai dia. ”
“Lepas itu, kau nak buat apa?”
“Apa lagi, nyatakan hasratku yang dah lama terpendam ni”.
“Baguslah kalau macam itu. Aku doakan kau berjaya.”
“Insya-Allah, kalau diizinkan Ilahi.”
Selepas 6 bulan berlalu, aku mengambil keputusan yang selama ini tidak pernah aku lakukan. Petang itu, terdapat perjumpaan Permainan. Aku macam biasa membaca Al – Quran di surau sementara menunggu perjumpaan itu diadakan. Aku terdengar suara yang halus tapi nyaring dan sedap didengar. Kelihatan di tempat solat wanita, aku terlihat dia sedang bertilawah dengan sangat khusyuk. Hatiku terasa tenang mendengarnya. Dia menyebut firman – firman Allah dengan jelas sekali. Kaki aku mula pergi kepadanya.
Dia perasan dan tolehkan mukanya kepadaku. Aku bagaikan berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Dibuai dengan mukanya yang cantik. Diserikan dengan pantulan cahaya yang dipantulkan oleh air wudhuk. Hatiku menggentar seraya berkata, “Ya Allah, berikanlah aku kekuatan kepadaku untuk menempuh segala ujian yang kau berikan kepadaku.”
“Merdunya suara”, sapaku. Sekali lagi dia hanya tersenyum. Tanpa membuang masa, aku berkata, Jikalau kita berusaha, Allah yang menentukannya. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan itu, untuk meluahkan segala – galanya yang tersirat dihati ini. Sudikah engkau menyerikan taman – taman di hatiku, menjadi penawar pada masa susah dan menjadi penyejuk pada masa senang?”. Soalan aku sudah cukup membuatkan mata dia berkaca – kaca apabila mendengarnya.
Dengan lembut suaranya dia berkata, “jikalau kita berserah, Dengan izin-Nya dia akan menolong. Segala urusan ada ditangan-Nnya. Jika ini ditentukan Allah, Saya menerimanya dengan sepenuh hati.” Ayat itu sudah cukup membuatkan aku berasa cukup bahagia.
Hubunganku bersama si dia berterusan sehingga SPM. Aku mendapat 3A+ 2A 1A- 2B+ 1B. Dia berjaya memperolehi 5A- 3B+ 1B. Hubungan kami semakin erat selepas kedua – dua belah ibu bapa tahu akan hubungan ini. Kami tamatkan pengajian di Universiti dan kami berkahwin. Maka, dengan ini berakhirnya kisah percintaan antara kami berdua.

1 comment:

  1. Cerpenku...
    Kalau nak dipanjangkan cerita, boleh jadi novel ni...

    ReplyDelete