Friday 9 December 2011

Novel Kembara Amira( Sinopsis)


Sinopsis

Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir. Di hutan tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai. Amira juga telah berkenalan dengan Malique.

Thursday 8 December 2011

Novel 6:20 Tingkatan 3 (Siti Jasmina Ibrahim)

Sinopsis Novel( Bahagian Pembangunan Kurikulum)


Bab 1 – Isnin
             Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir.  Sukma, anak Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut.  Sukma yang tidak mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar.  Malangnya, perempuan tua tersebut sudah tiada.  Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu ‘Tamadun Islam Melalui Seni Bina’ yang diajar Profesor Darul.

Sunday 30 October 2011

Prosa Tradisional( Hikayat Khoja Maimun)

Prosa Tradisional
(Hikayat Khoja Maimun)
Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

Sinopsis

Bab 1 :
Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina.

Monday 24 October 2011

Karangan Mohd.Amirul Afiq Jesmin 4 USM

Soalan: Huraikan kehidupan masa hadapan sebagaimana yang anda impikan.
Karangan Respons Terbuka Oleh Mohammad Amirul Afiq bin Jesmin

            Manusia merupakan suatu makhluk yang begitu kompleks tetapi sempurna daripada makhluk-makhluk yang lain. Sudah terang lagi bersuluh ,bahawa al-Quran kitab akhir zaman ,telah mengatakan bahawa manusia adalah satu spesies yang kompleks tetapi sebaik-baik kejadian.Dimaksudkan di sini ,manusia adalah satu spesies ,sentiasa inginkan yang terbaik dalam kehidupannya.Manusia inginkan kejayaan,pangkat, kemasyhuran, wang dan lain-lain. Manusia tidak pernah lelah daripada mencari harapan dan cita-cita,begitu jugalah dengan diri saya.

Karangan Respons Terhad Oleh Sayed Etoo

Langkah-langkah untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.( Sayed Et’oo)

            Dewasa ini ,Malaysia sering dikaitkan dengan masalah perpaduan kaum seperti peristiwa  Kampung Medan dan peristiwa di sebuah kampung di Pulau Pinang.Mengapa ada segelintir masyarakat yang mahu mencetuskan suasana 13 Mei 1969? Dalam Al-Quran telah menyatakan Allah berfirman “Aku ciptakan kamu berpuak-puak.” Tujuannya supaya kita saling mengenal dan berbaik-baik sesama  manusia.Sebenarnya terdapat pelbagai langkah untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Wednesday 12 October 2011

Panduan membina ayat ( pelajar halus sahaja)

Guna lapan perkataan atau lebih.
Tanya : siapa?bila? di mana?bagaimana? mengapa?apa?

Contoh: menawarkan

menawarkan racun

Air kelapa muda boleh digunakan untuk menawarkan racun.

contoh lain: menawarkan
(apa? sebatang pen)
menawarkan sebatang pen

(Siapa ? : Datuk/ saya)

Datuk menawarkan sebatang pen "Dunhill" kepada saya

(Mengapa? hari jadi )

Datuk menawarkan sebatang pen "Dunhill" kepada saya sempena hari jadi yang keempat puluh satu tahun.

Tuesday 11 October 2011

Karangan Kejiranan (Pelajar HALUS)

Soalan : Cara-cara untuk memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pendahuluan (KMDSA) Pelajar HALUS sahaja.
Keadaan: Tajuk(salin arahan)
Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia semakin pudar.
Mengapa
Tiada lagi sapaan mesra dan bertegur sapa
Siapa
Semua orang bersikap bagai enau...
Di mana
Pada zaman “puntung berasap” semangat kejiranan  sudah sebati dengan rakyat
Apa
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil...

           

Thursday 6 October 2011

Novel Azfa Hanani

Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd Hanafiah)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

Sinopsis

Novel ini memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani(Nani). Azfa Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian. Azfa Hanani diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz.Hal ini demikian kerana Tengku Murni telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu koma .Apabila Datin Maziah sedar daripada komanya dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di jemput Illahi.

Saturday 1 October 2011

Pecut SPM 2011

PENDAHULUAN KARANGAN BAHAGIAN   B
TEKNIK ( KMDSA= Kuat Makan Dapat Sakit Angin/ Keadaan /Mengapa/Di mana/Siapa/Apa)

Soalan : Kepentingan amalan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat Malaysia.

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN (untuk pelajar HALUS sahaja)
Keadaan
(salin soalan )Amalan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat Malaysia masih belum mendapat sambutan


Mengapa
(Kena hafal)Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia belum didedahkan tentang faedah amalan teknologi hijau.
Di mana
Di Korea Selatan dan Jepun amalan teknologi hijau sudah sebati dalam kehidupan seharian rakyatnya.
Siapa
Siapakah yang sepatutnya memainkan peranan untuk mendedahkan manfaat amalan teknologi hijau?
Apa
Apakah  kepentingan amalan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat Malaysia?



Monday 15 August 2011

Cerpen Cintan oleh Muhammad Aswad Samidin

PANDANGAN PERTAMA
            Dari sebuah bangku di kantin, mulutku mengunyah makanan, tanganku mengais – ngais nasi dan lauk untuk sebatikannya. Mataku pula liar memandang tepat pada bahagian tempat makan perempuan. Sedang mataku melihat – lihat, tiba – tiba sahaja aku ternampak perhiasan dunia yang menjadi tarikan mataku. Seorang budak perempuan yang cantik, penuh dengan kesopanan berpakaian menarik perhatianku. Dalam fikiranku sudah berlegar soalan – soalan remeh yang ingin aku tujukan kepadanya. Siapa? Dari Mana? Mengapa?. Semuanya sudahku fikir sehinggakan kawanku, Afiq menegurku pun tidakku sedar.

Monday 8 August 2011

Karangan Farah Izzati bt Ahmad Yani

Tajuk : Keburukan Merokok ( Farah Izzati bt Ahmad Yani 4 USM)

            Ke mana-mana sahaja kita pergi, pastinya kita dapat melihat asap rokok
berkepul-kepul di ruang udara. Ini merupakan (tidak boleh mula ayat dgn ini)satu pemandangan dan suasana yang tidak enak untuk kita. Namun bagi mereka yang sudah tegar, pandangan orang lain tidak lagi dipedulikan malah sedikit pun tidak menjadi bekas di hati. Bagi kaum Adam, mereka merasakan bahawa merokok adalah penanda aras untuk menunjukkan kematangan. Ada sebilangan kaum Hawa juga berani berjinak-jinak dengan najis ini. Mereka ingin menunjukkan kepada dunia, mereka juga boleh melakukan semua perkara yang lelaki mampu buat. Tidakkah mereka sedar akan keburukannya ?

Thursday 4 August 2011

Karangan Nurul Aqilah bt Abu Hassan

Bahagian A
Soalan :Punca-punca Penderaan Kanak-kanak(Nurul Aqilah bt Abu Hassan  4UPM2010)
                Banyak kes penderaan kanak-kanak terpampang di dada-dada akhbar arus perdana .Masalah ini amatlah membimbangkan  semua pihak kerana kanak-kanak merupakan aset negara ,pewaris kepimpinan pada masa depan.Sekiranya masalah ini dibiarkan berlanjutan maka akan mendatangkan impak  besar dalam institusi keluarga,masyarakat dan negara .

Karangan Daniel A Ghafar(gaya penulisan yang seronok dibaca)

FAKTOR-FAKTOR RASUAH
Pernahkah anda mendengar mitos Melayu tentang Badang? Lelaki yang mahukan kuasa dan kekuataan sehingga sanggup menelan muntah hantu air. Begitu jijik dan kotor apabila didengar tetapi sedihnya itulah yang berlaku pada zaman ini. Biarpun mitos Badang sudah tidak relevan di dunia serba canggih ini, tetapi muntah hantu air tetap wujud dalam bentuk rasuah. R-a-s-u-a-h, rasuah. Perkataan yang mengerutkan dahi memikir cara penyelesaiannya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.