Soalan : Cara-cara untuk memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pendahuluan (KMDSA) Pelajar HALUS sahaja.
Keadaan: Tajuk(salin arahan)
|
Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia semakin pudar.
|
Mengapa
|
Tiada lagi sapaan mesra dan bertegur sapa
|
Siapa
|
Semua orang bersikap bagai enau...
|
Di mana
|
Pada zaman “puntung berasap” semangat kejiranan sudah sebati dengan rakyat
|
Apa
|
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil...
|
Pada muasir ini( perkataan muasir tak boleh diterima sbb tiada dalam kamus) , semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia semakin pudar .Hal ini demikian kerana tiada lagi sapaan mesra dan bertegur sapa.Masing-masing bersikap individualistik, bagai kera sumbang.Semua orang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Hal ini berlaku kerana kesibukan mengejar keperluan hidup dalam era kegawatan ekonomi yang semakin mencengkam.Berbeza pada zaman “puntung berasap” dahulu,semangat kejiranan sudah sebati dalam kalangan rakyat Malaysia.Oleh itu semangat ini wajar dipupuk kembali sebelum masyarakat menjadi tempang.Persoalannya,apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia.?
Kaedah :( IMBaKUP)
Idea anda
|
Mempelajari adat budaya dan bahasa kaum lain
|
Mengapa
|
Saling memahami dan menghormati
|
Bagaimana
|
Belajar adat resam dan bahasa melalui jiran atau internet
|
Kesan
|
Pengetahuan adat budaya kunci keharmonian antara jiran pelbagai kaum
|
Ungkapan
| |
Penegas
|
Pengetahuan tentang kebudayaan sesuatu kaum mewujudkan persefahaman dan toleransi.
|
Antara cara untuk memperkukuh semangat kejiranan ialah mempelajari adat budaya dan bahasa kaum lain di Malaysia.Perkara ini penting kerana akan mewujudkan perasaan saling memahami dan saling menghormati.Seseorang jiran itu dapat mempelajari adat budaya dan bahasa melalui jiran tetangga atau melalui internet.Sebagai hasilnya,pengetahuan tentang adat dan bahasa akan menjadi kunci keharmonian antara jiran pelbagai kaum.Tegasnya pengetahuan tentang adat resam sesuatu kaum mewujudkan persefahaman dan toleransi antara kaum.
Isi 2: Kaedah Idea+ contoh +Kesan+ Penegas
Idea
|
Aktiviti persatuan penduduk
|
Contoh
|
seperti gotong-royong,kenduri-kendara,skim rondaan sukarela
|
Kesan
|
Mengeratkan ukhwah,persahabatan
|
Penegas
|
Persatuan penduduk dapat menyemai ikatan persaudaraan
|
Indah
|
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
|
Selain itu,semangat kejiranan dapat diperkukuhkan melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan oleh persatuan penduduk.Sebagai contoh aktiviti gotong-royong,kenduri-kendara dan skim rondaan sukarela dapat memupuk semangat bersatu padu dan tolong menolong.Hasilnya sesuatu kerja yang berat dan susah menjadi senang,benarlah seperti kata pepatah yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.Aktiviti kemasyarakatan juga dapat mengeratkan ukhwah persahabatan dan menyemai sikap bersatu padu.Tuntasnya aktiviti persatuan penduduk mampu membentuk jiran yang muafakat,saling membantu bagai aur dengan tebing.
No comments:
Post a Comment