Friday 9 November 2012

Tema Novel Kembara Amira

Tema Novel mesti ikut Bahagian Pembangunan Kurikulum 

Tema
 


Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melalui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia.  Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.

Sinopsis Ikut Bab Novel kembara Amira

Kerja Rumah 2013/Salin semula buat anak-anak 4 AF/IK/IR/AK

Sinopsis kembara Amira


Bab 1:
· Amira dan rakan baiknya Jacinta bakal menghabiskan musim cuti sekolah bersama-sama ibunya, Profesor Zaidah di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa bersama-sama pelajar tahun akhir Universiti yang sedang menjalankan kajian arkeologi. Dalam kesibukan ibunya Amira turut memikirkan akan ayahnya yang bertugas sebagai seorang jurutera komputer sebuah syarikat multinasional negara dan sedang berada di Eropah kerana menjalankan tugas.