Sinopsis kembara Amira
Bab 1:
· Amira dan rakan baiknya Jacinta bakal
menghabiskan musim cuti sekolah bersama-sama ibunya, Profesor Zaidah di
tengah-tengah Banjaran Titiwangsa bersama-sama pelajar tahun akhir Universiti
yang sedang menjalankan kajian arkeologi. Dalam kesibukan ibunya Amira turut
memikirkan akan ayahnya yang bertugas sebagai seorang jurutera komputer sebuah
syarikat multinasional negara dan sedang berada di Eropah kerana menjalankan
tugas.
Sesekali Amira yang sedang berada dalam koc kelas satu kereta api itu
dikejutkan dengan bunyi keliut kereta api yang berbunyi kerana dihentak.
Kemudian dia teringat akan ushanya ketika berada di asrama untuk memancing
minat rakan sebiliknya, Jacinta untuk menyertainya bersama-sama menghabiskan
musim cuti sekolah.Jacinta merupakan gadis berketurunan Cina yang menetap di
Pulau Pinang, bapanya seorang jutawan dan seringkali sibuk dengan pekerjaan,
oleh sebab itu dia kurang mendapat kasih sayang berikutan kematian ibunya,
Amira bertindak menunjukkan batu Kuarza miliknya demi mengajak rakan baiknya itu
untuk turut serta, Lamunan Amira terhenti apabila melihat seorang lelaki kulit
putih bersama seorang pemuda. Dalam pada itu,situasi berbeza dialami oleh
Profesor Zaidah dan para pelajarnya, hujan yang turun menyebabkan ada beberapa
khemah yang terputus talinya. Kemudiannya mereka di situ menyedari bahawa ada
antara tali khemah itu dipotong oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bab 2:
· Sesampainya Amira dan Jacinta mereka dijemput
oleh Pak Lias yang datang agak lewat kerana kecemasan yang berlaku pada malam
semalam, dalam perjalanan menuju ke tapak kem Pak Lias memperlahankan kenderaan
pacuan empat roda yang dinaiki mereka untuk member laluan kepada kenderaan di
belakang mereka. Amira terpandang anak muda yang dilihatnya dalam keretapi pada
malam tadi sebaik saja kenderaan tersebut melintasi mereka. Dalam pada itu,
Roslan memaklumkan kepada John O’Hara bahawa kereta yang mereka lintasi tadi ialah orang Universiti yang melakukan aktiviti arkeologi dan tidak akan
menganggu mereka.
Bab 3:
· Soalan tiket yang diajukan Amira kepada Jacinta
membuatkannya berasa curiga, Amira kemudiannya memaklumkan bahawa dia terbaca
SMS Jacinta kerana telefon bimbit mereka yang sama. Jacinta rupanya tidak
pulang setiap kali cuti sekolah, dia merajuk dan tidak dapat menrima perubahan
dalam keluarganya. Kedatangan Profesor Zaidah akhirnya Berjaya menenangkan
Jacinta yang sedang mengalami kekusutan dalam jiwa itu. Profesor Zaidah
kemudiannya memberikan tapak sepuluh kepada mereka untuk melakukan kajian….
Bab 4:
· Setelah selesai mandi di air terjun Amira
dikejutkan dengan kedatangan Malique yang datang menghulurkan salam perkenalan.
Malique memaklumkan bahawa dia ke hutan tersebut kerana atas permintaan ibunya
untuk mengikut leleaki kulit putih tersebut. Sebellum berpisah Malique sempat
memberitahu bahawa dia merasakan ada hubungan dengan hutan tersebut. Semasa
sarapan pagi Jacinta sempat bergurau dengan Dr. Zawawi yang menjadi kegilaannya
selain daripada batu Kuarza, suasana kemudiannya berubah apabila ada pelajar
yang terbau asap rokok serta bunyi tapak kaki di sekeliling khemah mereka
setiap malam.
Bab 5:
· Kedatangan Malique yang tidak kunjung tiba
akhirnya disambut dengan sapaan Jacinta kepada Amira yang sedang bertenggek di
atas batu sungai yang deras alirannya. Akibat tidak dapat mengimbangi badan
semasa melangkah batu-batu sungai yang licin, Amira akhirnya dihanyutkan arus
deras, Jacinta tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menjerit nama Amira
dan meminta tolong. Setelah sedar dua susuk tubuh jelas terpacak di hadapannya.
Akhirnya mereka memperkenalkan diri mereka iaitu Itai dan Tau yang
menyelamatkan Amira. Tau dan Itai kemudiannya menghantar Amira pulang setelah
memberinya makanan
Bab 6
· Kemarahan Profesor Zaidah ternyata apabila
tindakan Amira turut menyebabkan Jacinta menjadi mangsa, namun begitu Jacinta
yang sengaja mencari nahas kerana sengaja berpatah balik setelah meninggalkan
kawasan air terjun tersebut.Habis calar-balar tubuh Jacinta yang terbaring
lemah dan lesu. Jacinta hilang dalam ushah untuk mencari Amira bersendirian
namun operasi menyelamat dibantu dengan kepakaran Tau.Keesokannya Amira
berjumpa ibunya untuk meminta maaf atas kejadian yang disebabkan oleh tindakan
bodohnya menanti Malique dengan tujuan yang tidak jelas akhirnya Malique yang
ditunggu-tunggu tidak kunjung melainkan dia sendiri yang hampir-hampir menjadi
korban akibat tindakan sendiri. Profesor Zaidah menceritakan kepada Amira
bahawa mereka mungkin mendapat tentangan daripada dua pihak iaitu Pelombong
emas dan Suku orang asli.
Bab 7:
· Dua hari Malique mengikuti John O’Hara untuk
perjumpaannya bersama-sama pelabur-pelabur kawasan lombong emas mereka. Malique
jelas membantaj keputusan John O’ Hara untuk membina lombong emas di kawasan
tersebut. Dalam pada itu, kenderaan yang dipandu Pak Lias yang juga dinaiki
oleh Profesor Zaidah terlibat dalam kemlangan setelah bahagian brek kenderaan
pacuan empat roda yang dinaiki mereka solah-olah dirosakkan dan tidak dapat
dikawal ketika menuruni bukit, tanpa banyak pilihan Pak Lias segera menghimpit
tebing tepi demi mengelakkan mereka daripada jatuh ke dalam gaung.
Bab 8
· Tau yang jelas membantah tindakan pasukan
Profesor Zaidah melakukan kajian kerana tempat tersebut dianggap suci baginya
menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada abangnya Ludin yang juga ketua
kampong di kawasan tersebut, Tau juga teringat akan bekas isterinya Ipah yang
lari keluar dari hutan meninggalkannya. Pada masa yang sama Jacinta akhirnya
tersedar dan segera bangun dari segala rasa lemah dan lesu. Pada ketika itu
Amira memperkenalkan Itai yang telah menyelamatkan nyawanya kepada Jacinta.
Namun begitu kegembiraan mereka hanya seketika kerana mereka dikejutkan dengan
berita kemalangan Profesor Zaidah.
Bab 9:
· Profesor Zaidah dan Pak Lias terselamat daripada
kemalangan. Akhirnya tindakan bijak Pak Lias menyelamatkan mereka setelah
kereta mereka terhenti di dasar sungai. Selepas melihat keadaan Pak Lias yang
hanya luka-luka kecil. Namun begitu perasan bimbang jelas terpancar daripada setiap
penghuni Desa Karpus setelah beberapa kejadian tidak diingini berlaku. Tindakan
Dr. Zawawi untuk menangguhkan kajian mendapat tentangan daripada Profesor
Zaidah. Akhirnya kesungguhan anak-anak buah Profesor Zaidah membuatkan kerja
semakin lancer. Mereka kemudiannya menerima kunjungan daripada Itai dan ayahnya
Ludin, Setelah memeriksa tangan Profesor Zaidah Ludin dan anaknya Itai segera
meninggalkan khemah dan pulang dengan membawa daun-daun daripada hutan.
Bab 10:
· Hati O’Hara menjadi panas apabila mengetahui
beberapa pekerja baharu mabuk dan bergaduh semasa berjudi di kala ketiadaannya.
Hati orang kulit putih tersebut bertambah marah apabila mengetahui Ah Chin yang
ditugaskan menjaga pekerja juga tidak pulang setelah keluar berburu. Pada
ketika itu, di Desa Karpus Amira menjadi kagum apabila rawatan Ludin kepada
ibunya membuatkan tangan Profesor Zaidah yang dipercayai retak pulih dengan
cepat. Jacinta dan Amira menyedari rupa-rupanya Itai merupakan peserta Pameran
Saintis Muda 2002 yang mewakili negeri tersebut.
Bab 11:
· Tau duduk sendirian sambil mengenangkan harta
miliknya yang semakin hilang, selepas maruahnya diragut kerana terpaksa
menerima Ipah sebagai isteri demi menyelamatkan Ludin. Namun kebahagiaan Tau
hanya seketika kerana Ipah bertindak lari keluar dari hutan tersebut dan
membawa anak pertamanya Sabi dan meninggalkan anak yang baru dilahirkannya.
Ingatan Tau terhadap Johnny terus menerpa apabila dia teringatkan O’Hara yang
berada di kem carigali. Tau kemudiannya teringatkan akan tindakannya
membenarkan isterinya bekerja di kem orang putih tersebut satu ketika dahulu
ternyata membawa bencana. Suatu petang, Tau bagai diragut maruahnya apabila
isterinya, Ipah serta tulang-tulang di kubur Ridley dan Brenda dibawa pulang ke
Australia.
Bab 12:
· Rawatan yang diterima Profesor Zaidah daripada
Ludin ternyata berkesan dan menimbulkan rasa kagum kepada beliau di kala semua
pelajar kembali bekerja dengan penuh semangat, Dr. Zawawi yang pada mulanya
tidak bersetuju akhirnya turut berasa kagum!!. Profesor Zaidah kemudiannya
memberitahu Ludin yang juga penghulu orang asli bahawa kajian yang dijalankan
oleh mereka boleh menyelamatkan kampong orang asli tersebut. Tindakan Amira
untuk memberikan Jacinta batu Kuarza akhirnya membuatkan Itai bertindak mengajak
Amira untuk mencari emas.Kedatangan Malique ternyata menimbulkan tanda Tanya
kepada Profesor Zaidah.
Bab 13:
· Itai membawa Amira mencari emas di dalam hutan.
Penemuan emas di dasar sungai oleh Amira ternyata membuatkannya terkejut dan
sukar mempercayai kata-kata Itai. Namun kegembiraan mereka hanya seketika
kerana kehadiran seekor makhluk berbulu yang membawa seorang lelaki.Sebelum
sempat berbuat apa-apa Itai dan Amira terus berlari menyelamatkan diri daripada
maut. Dalam usaha menyelamatkan diri mereka turut dikejar oleh makhluk berbulu
yang menjadi misteri dan dipercayai penunggu kawasan tersebut.
Bab 14:
· Malique dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku
di kem mereka. Seorang pekerja baharu hilang selama dua hari tanpa diketahui
oleh rakan-rakannya. Tindakan Malique mengikut Roslan tanpa pengetahuan John
O’Hara ternyata membawa padah hujan turun dalam perjalanan mereka mencari
pekerja tersebut. Enjin yang tiba-tiba meragam membuatkan kenderaan mereka
terhenti, oleh kerana mereka yang berada di belakang jadi kelibat mereka tidak
dapat dilihat oleh kenderaan yang berada di hadapan. Roslan meminta Malique
tunggu di dalam kenderaan dan dia keluar mendapatkan bantuan dalam hujan. Tanah
merah dan lumpur yang turun kerana hujan menolak kenderaan yang dinaiki Malique
it terus ke dalam gaung.
Bab 15:
· Itai dan Amira hampir sampai ke desa dan mereka
kemudiannya disergah Tau yang terjun dari sebatang pokok. Itai dan Amira
memberitahu Tau bahawa mereka telah dikejar makhluk berbulu namun Tau bagai
sudah tahu akan perkara itu kerana dia sedikit pun tidak terkejut. Dua hari
kemudian, Amira mengajak Jacinta untuk ke perkampungan Itai setelah diberitahu
oleh Ludin bahawa Itai bagai hilang semangat setelah kejadian tersebut.
Akhirnya tindakan Amira dan Itai mengambil emas di kawasan hutan tersebut
diketahui oleh Ludin dan Tau. Mereka kemudiannya mengadakan perbincangan adat
yang berkenaan Itai yang bakal dilantik sebagai pengganti penghulu kampong
tersebut satu hari nanti.
Bab 16:
· Suasana pagi yang ceria, membantu kerja-kerja
arkeologi di Desa Karpus penemuan-penemuan baru sangatlah memberangsangkan
apabila Amira dan Jacinta menjumpai sebuah tembikar zaman dahulu yang sempurna
sifatnya, ucapan tahniah dan pujian tidak henti-henti diberikan kepada Amira
dan Jacinta. Kedatangan Tau buat kali pertama ke desa Karpus bersama-sama Itai
menimbulkan rasa gembira kepada semua warga Desa Karpus. Tau memaklumkan bahawa
mereka tidak perlu risau kerana dia menjaga kawasan desa itu pada setiap malam
sekaligus menangkis segala tanggapan paranormal pelajar-pelajar di situ.Namun
begitu mereka dikejutkan dengan berita kehilangan Malique.
Bab 17:
· Malique tersedar daripada tidurnya dan dia
mendapati dirinya berada dalam tempat yang gelap serta berbau tengik sementara
tangan kirinya terasa sakit menyengat dan kaki kirinya patah. Dia teringatkan
ibunya yang berada di Melaka, yang pada satu ketika dulu dia pernah bertanya
kepada ibunya, mengapa ibunya seorang yang cantik dan bapanya seorang kulit
putih manakala dia berkulit hitam dan berambut kasar. Setiap kali melelapkan
mata dia sering dihantui dengan mimpi yang sama.
Bab 18:
· Amira, Jacinta serta Itai mengikut Dr. Zawawi,
Rusdi dan Tau ke Gunung Gua Gajah untuk melakukan penemuan arkeologi terhadap
hutan tersebut. Mereka kemudiannya menjumpai lukisan-lukisan dinding di dalam
gua tersebut yang belum pernah terusik. Manakala, Rusdi menjumpai sebilah kapak
batu yang digunakan pada zaman Neolitik. Namun begitu, penemuan mobile
disk oleh Amira terus menimbulkan tanda Tanya tanpa memberitahu sesiapa
mengenai penemuan tersebut.
Bab 19:
· Penemuan kapak batu serta lukisan dinding
menggemparkan seluruh Desa Karpus, namun begitu, Amira, Jacinta serta Itai
Berjaya memcahkan kod keselamatan pada mobile disk tersebut
dan membuktikan ianya milik Malique. Malam tersebut Itai memberitahu Rusdi
bahawa mereka akan keluar pada keeseokan harinya.
Bab 20:
· Keputusan Jennifer untuk ke hutan tersebut
ternyata menimbulkan kegelisahan kepada O’Hara, Jennifer terdesak datang ke
hutan itu kerana risau akan anaknya dan sekaligus mengembalikan memori lamanya
terhadap hutan tersebut. Mimpi yang dihantui Tau menyebabkannya terus
mendapatkan Malique yang terdampar di dalam gua sambil mengenakan bulu beruang
untuk menutup badannya.
Bab 21:
· Amira, Jacinta serta Itai meneruskan perjalanan
dalam usaha untuk mencari Malique di Gunung Gua Gajah sambil dibantu Pak Lias
dan Roslan. Penemuan disk oleh Amira boleh dianggap berguna
sebagai petunjuk kepada mereka. Namun begitu, Roslan datang ke kaki gunung
tersebut dengan memandu pacuan empat roda sambil membawa Jennifer dan John O’
Hara bersama. Makhluk berbulu keluar daripada persembunyiannya setelah
dikejutkan dengan deruman enjin kenderaan dan kelibat seorang wanita yang
bersama-sama lelaki berbaju putih itu seolah-olah menghilangkan semangatnya.
Namun begitu Jennifer terkenangkan zaman kanak-kanaknya dahulu dia selalu
dipinggirkan kerana dianggap ahli sihir disebabkan rambutnya yang
kemerah-merahan.
Bab 22:
· Kapal terbang yang dipandu Ridley bersama-sama
isterinya Brenda serta anak kecilnya Samantha dalam perjalanan pulang ke
Australia sete;ah melakukan kajian mengenai reptilian di Pulau Langkawi.
Malangnya, kapal terbang Cessna 310 model tahun1953 yang dikendalikan Ridley
itu terhempas sambil menghentam pokok setelah kedua-dua enjinnya rosak. Jidin
bersama dua anaknya Tau dan Ludin terkejut mendengar letupan kuat tersebut dan
bergegas ke kawasan kejadian. Jidin kemudiannya membawa Samantha yang tidak
cedera pulang ke kampong setelah kedua-dua orang tuanya hangus dijilat api.
Bab 23:
· Pencarian Amira hampir menemui jalan buntu
apabila tiada apa yang dapat dikesan.Tetapi masih ada harapan buat mereka
apabila Amira menemui kesan tapak kaki manusia. Mereka kemudiannya menemui
laluan kecil yang kemudiannya menunjukkan jalan ke puncak gunung tersebut
kepada mereka. Itai memanjat ke atas dan menghulurkan tali kepada Amira, Pak
Lias dan Roslan yang berada di bawah. Tiba-tiba Itai terdengar suara
seolah-olah sedang mengerang kesakitan di atas puncak gunung tersebut.
Bab 24:
· Kehilangan Amira akhirnya disedari oleh Profesor
Zaidah, jawapan daripada Rusdi membuatkan Profesor Zaidah dan anak-anak buahnya
segera menuju ke Gua Gunung Gajah. Dalam pada itu, Amira dan rakan-rakannya
Berjaya menjumpai sebuah pondok di puncak gunung tersebut dan segera memeriksa.
Akhirnya mereka Berjaya menemukan Malique yang lesu dan tidak bermaya. Mereka
kemudiannya disergah makhluk berbulu ketika dalam usaha membawa Malique keluar.
Dalam perjalanan ke Gunung Gua Gajah kumpulan Profesor Zaidah bertembung dengan
Ludin yang kemudiannya membawa mereka ke sana.
Bab 25:
· Niat Amira dan Itai untuk menyelamatkan Malique
dihalang oleh makhluk berbulu tebal itu. Makhluk itu tidak membenarkan mereka
membawa Malique keluar dari situ. Pak Lias akhirnya membantu dengan berhadapan
dengan makhluk tersebut. Beberapa kali serangan makhluk tersebut dipatahkan
oleh Pak Lias yang ternyata lincah dan tangkas. Dalam pada itu, kedatangan
Profesor Zaidah, Ludin serta pasukan mereka mebuatkan Jennifer menegur Ludin
yang kemudiannya menimbulkan rasa keliru kepada semua yang berada di situ
Jennifer mendakwa dia sedang menunggu anaknya yang merupakan anak saudara
Ludin, Malique ataupun Sabi diselamatkan. Tindakan nekad Pak Lias untuk
menamatkan riwayat makhluk tersebut duhalang oleh Ludin yang segera
menyelamatkan keadaan. Persoalan akhirnya terjawab apabila bulu yang dipakai
itu dibuang dan Tau mula mendedahkan identitinya demi mengelakkan mereka
daripada membawa Sabi keluar.
Bab 26:
· Sejarah tragis serta konlik keluarga Tau akhirnya
terungkai di Desa Karpus apabila ketiga-tiga pihak yang dianggotai oleh pencari
emas, ahli arkeologi dan orang asli berkumpul dalam khemah bersama-sama.
Sejarah keluarga Tau akhirnya berkahir apabila memberitahu bahawa Itai dan
Malique merupakan anak lelakinya selama ini, manakala Itai terpaksa dijaga oleh
abangnya setelah maruahnya diragut Jennifer yang merupakan isterinya bertindak
melarikan diri dengan membawa Malique bersama-sama, Johnny yang merupakan abang
kepada John O’ Hara yang bertindak demikian turut melarikan tulang-tulang milik
Ridley serta Brenda untuk dikuburkan di Australia.
Bab 27:
· Amira yang telah menamatkan satu semester di
Universiti menerima e-mel daripada rakan-rakannya, Itai sedang berada di Kubang
Kerian sedang menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan. Malique pula
sedang bertugas sebagai ketua kampong tempat kelahirannya dan sibuk dalam
projek IT, dan dia Berjaya menggagalkan projek lombong emas di kawasan
tersebut. Jacinta pula sedang berada di Paris kerana terlibat dengan perniagaan
bapanya dalam bidang fesyen. Profesor Zaidah pula meminta anaknya untuk pulang
ke rumah neneknya di Kulim kerana bapanya bakal pulang bercuti juga. Dr. Zawawi
pula sedang berada di perairan Malaysia untuk mengesan khazanah Melayu
No comments:
Post a Comment