PENDAHULUAN KARANGAN BAHAGIAN B
TEKNIK ( KMDSA= Kuat Makan Dapat Sakit Angin/ Keadaan /Mengapa/Di mana/Siapa/Apa)
Soalan : Kepentingan amalan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat Malaysia.
TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN:
Keadaan
|
(salin soalan )Amalan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat Malaysia masih belum mendapat sambutan
|
Mengapa
|
(Kena hafal)Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia belum didedahkan tentang faedah amalan teknologi hijau.
|
Di mana
|
Di Korea Selatan dan Jepun amalan teknologi hijau sudah sebati dalam kehidupan seharian rakyatnya.
|
Siapa
|
Siapakah yang silap?Kerajaan atau rakyat?
|
Apa
|
Kerajaan perlu mendedahkan kepentingan amalan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat Malaysia.
|
PENDAHULUAN (KMDSA)
Amalan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat Malaysia masih belum mendapat sambutan.Hal ini demikian kerana rakyat Malasyia belum didedahkan tentang faedah amalan teknologi hijau.Namun begitu di Korea Selatan dan Jepun amalan teknologi hijau ini sudah sebati dalam kehidupan seharian rakyatnya.Siapakah yang silap ? Rakyat atau kerajaan?Tegasnya kerajaan perlu mendedahkan kepentingan atau faedah amalan teknologi hijau dalam kehidupan masyarakat.
TEKNIK MENULIS ISI KARANGAN (AMCKP)=Anak Mami CaKaP/AMKCP= Aa Ma Ki Chak Pizza) (kedudukan MKC boleh diubah ikut keadaan)
APA(IDEA ANDA)
|
Untuk memulihara dan memelihara alam sekitar
|
MENGAPA
|
Tidak prihatin/sambil lewa/tidak apa
|
CONTOH
|
Motosikal,kereta
|
KESAN
|
Pelepasan gas karbon dioksida(Gas Rumah Hijau)
|
PENEGAS
|
Alam sekitar perlu dipulihara daripada aktiviti manusia yang rakus
|
Contoh Teknik (AMKCP)
Antara manfaat mengamalkan teknologi hijau dalam kehidupan rakyat adalah untuk memulihara dan memelihara alam sekitar agar tidak tercemar.Selama ini rakyat Malaysia tidak prihatin dalam memulihara alam sekitar kerana bersikap sambil lewa dan bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sebagai contoh, setiap isi rumah rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya dua buah motosikal dan sebuah kereta.Akibatnya pelepasan gas karbon dioksida atau Gas Rumah Hijau begitu banyak dalam setiap saat sehingga meningkatkan suhu bumi.Tegasnya,teknologi hijau wajar diamalkan agar alam sekitar terus dipulihara daripada aktiviti manusia yang rakus.
TEKNIK MENULIS ISI KARANGAN ( A C2 K2 P ) ( Ada Situ Kutu Pijat)
Apa idea anda?
|
Memelihara alam semula jadi supaya tidak tercemar
|
Contoh 1
|
Jimat penggunaan sumber tenaga elektrik dan bahan api
|
Contoh 2
|
Tidak menggunakan kenderaan yang menghasilkan terlalu banyak gas rumah hijau
|
Kesan contoh 1
|
Sumber alam dapat dikawal
|
Kesan contoh 2
|
Pelepasan gas rumah hijau dapat dikurangkan /Melambatkan proses perubahan cuaca dunia
|
Penegas
|
Amalan teknologi hijau menyelamatkan jangka hayat bumi
|
Contoh Teknik AC2K2P
Antara faedah amalan teknologi hijau adalah untuk memelihara alam semula jadi supaya tidak tercemar.Misalnya rakyat Malaysia tidak menggunakan tenaga elektrik dan bahan api secara berlebihan atau membazir.Contoh lain iaitu tidak menggunakan kenderaan yang terlalu banyak menghasilkan gas rumah hijau.Kesannya sumber alam dapat dikawal dan kerosakan alam semula jadi dapat dikurangkan .Kesan seterusnya dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan melambatkan proses perubahan cuaca dunia.Oleh itu, jelaslah amalan teknologi hijau dapat menyelamatkan jangka hayat bumi.
TEKNIK MENULIS ISI KARANGAN ( IMBaKUP)
Idea
|
Mengawal dan memulihara sumber alam yang terhad
|
Mengapa
|
Sumber alam seperti balak,minyak,galian akan habis
|
Bagaimana
|
Jimat penggunaan sumber,sumber alternatif
|
Kesan
|
Menghalang krisis bahan tenaga
|
Ungkapan menarik
|
Tangan manusia yang melakukan kerosakan
|
Penegas
|
Sumber alam terhad kehendak manusia tidak terhad,oleh itu sumber alam mestilah digunakan secara berhemah.
|
No comments:
Post a Comment