Masalah kesihatan mental dalam
kalangan remaja telah meningkat dari 16 peratus kepada 32 peratus pada tahun
2012.Oleh itu usaha-usaha menangani masalah kesihatan mental perlu diambil
tindakan segera
.
Antaranya
pemantauan ibu bapa .Contohnya penggunaan internet berlebihan menyebabkan anak-anak
tidak bersosial dengan masyarakat lalu
bermasalah dalam membentuk emosi yang seimbang.
Selain
itu,rawatan awal perlu diberikan .Ibu bapa mestilah peka dan segera merujuk
anak-anak mereka kepada pakar psikologi.
Di
samping itu,memberi bimbingan dan
kaunseling kepada anak-anak.Pakar atau kaunselor bertauliah perlu dirujuk untuk
memulihkan emosi para remaja.
Pendidikan
agama amat penting untuk membina benteng kekuatan emosi para remaja.Iman yang
mantap membentuk jati diri dan membina kekuatan emosi.
Kesimpulannya,masalah
kesihatan mental wajar dibendung sebelum nasi
menjadi bubur.Masalah kesihatan
mental dalam kalangan remaja merugikan negara
kerana akan kehilangan modal insan yang
berwibawa.
No comments:
Post a Comment