Banyak kes
keracunan dipaparkan melalui media massa. Oleh itu,Kementerian Kesihatan wajar
menangani masalah ini dengan mengenal pasti punca keracunan makanan
.
Antara punca keracunan makanan ialah
manusia itu sendiri.Masyarakat mengabaikan aspek kebersihan semasa menyediakan
makanan atau tidak membersihkan makanan dengan betul.
Selain itu, serangga dan haiwan juga
menjadi punca keracunan makanan.Sebagai
contoh lalat dan tikus akan menyebarkan pelbagai virus apabila makanan
dibiarkan terdedah.
Di samping itu,sisa dan bahan buangan
yang dibuang secara tidak sistematik menyebabkan bakteria mudah disebarkan oleh
serangga atau tikus.
Penggunaan
bekalan air yang tercemar akibat sisa toksik atau sisa kumbahan juga menyebabkan
bakteria mudah disebarkan semasa proses
penyediaan makanan .
Kesimpulannya,masalah
keracunan makanan mesti dibendung dengan segera
agar tidak mencemarkan imej negara.Semua pihak mestilah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi
masalah ini.
( 120 patah perkataan )
No comments:
Post a Comment