Bersukan merupakan aktiviti
riadah yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini wajar dijadikan
sebagai gaya hidup masyarakat kerana
terdapat pelbagai manfaat
.
Antara
faedahnya adalah dapat menyihatkan tubuh badan.Hal ini demikian kerana semasa
bersukan peluh yang keluar akan merembeskan sisa toksik .
Selain
itu,mengisi masa lapang dengan baik.Aktiviti
ini mampu menghalang seseorang itu daripada terlibat dalam gejala negatif
seperti merempit,berfoya-foya dan melepak.
Di
samping itu, mengeratkan silaturahim antara kaum.Sebagai contoh,semangat
persahabatan terjalin semasa bermain
bola sepak,bola jaring dan sebagainya.
Bersukan
juga dapat dijadikan sebagai kerjaya yang mendatangkan pendapatan lumayan. Misalnya Datuk Lee Chong Wei atau menjadi seperti Tiger Wood jutawan sukan
golf.
Kesimpulannya,aktiviti
bersukan mampu menjana generasi yang berwawasan dan dapat pula menjaga
kesihatan kita,bertepatan dengan kata pepatah mencegah itu lebih baik daripada
mengubati. Sesungguhnya otak yang cerdas terletak pada badan yang cergas.Oleh
itu rakyat Malaysia wajarlah melibatkan diri dalam aktiviti bersukan.
( 120 patah perkataan)
tq for this karangan. sangat bagus
ReplyDelete