Tema
|
Pengembaraan
seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melalui
watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan
menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan
tamadun manusia. Dalam pengembaraan
tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik
keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.
Persoalan
|
1. Persoalan golongan yang berminat mengkaji peninggalan
sejarah
·
Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan Rusdi sedang mencari
kebenaran tentang kehidupan masa lalu melalui ekspedisi arkeologinya di Bukit
Mat Raya.
2. Persoalan cinta dan sayang akan alam / hutan
·
Malique (Sabi) walaupun tinggal di bandar tetapi tetap
menyayangi hutan yang menjadi tempat asalnya sehingga dia bertindak memadam
semua data kajian cari gali emas
·
Tau sanggup menakutkan pekerja syarikat pembalakan dengan
menyamar sebagai makhluk berbulu demi menyelamatkan hutan tersebut daripada
terus dicerobohi
3. Persoalan hubungan persahabatan yang erat walaupun
berbeza bangsa dan agama
·
Jacinta sering mengikut Amira semasa cuti sekolah ke tempat ibu Amira menjalankan kerja-kerja
arkeologinya.
4. Persoalan kerenggangan hubungan antara anak dan bapa
setelah bapa berkahwin
·
Jacinta tidak mahu pulang bercuti bersama-sama ayah dan
ibu tirinya kerana kecewa dan sedih dengan tindakan ayahnya berkahwin lain
setelah ibunya meninggal dunia.
5. Persoalan sikap manusia yang tamak
·
O’ Hara sanggup datang ke Bukit Mat Raya kerana telah
diupah oleh sebuah syarikat cari gali emas dari Pulau Pinang untuk mengesan
lokasi emas
6. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar
·
Kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan
penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas yang dilakukan oleh O’ Hara.
7. Persoalan kepentingan ilmu perubatan tradisional
·
Ludin menggunakan cara perubatan tradisional untuk
menyembuhkan Profesor Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangan
8. Persoalan kemusnahan hutan mendatangkan kesan yang buruk
terhadap kehidupan
·
Kemalangan yang menimpa Pak Lias dan Profesor Zaidah
apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka dihanyutkan oleh arus lumpur yang
deras membuktikan bahawa kemusnahan alam sekitar mendatangkan kesan buruk
9. Persoalan kehidupan yang sengsara sebagai akibat
keruntuhan rumah tangga.
·
Tau hidup sengsara dan menyendiri di dalam hutan kerana
tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya Jennifer / Ipah sanggup
mengkhianatinya dengan melarikan anaknya Malique / Sabi keluar dari kawasan
perkampungan Orang asli dan mengikuti Johnny.
Plot
|
Pembinaan
Plot
(i)
Permulaan
·
Amira bersama Jacinta memulakan pengembaraan menaiki
keretapi ke Bukit Mat Raya untuk
menyertai ekskavasi menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
(ii)
Perkembangan
·
Amira dihanyutkan oleh arus deras semasa menunggu Malique
dan telah diselamatkan oleh Itai.
·
Malique hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam
sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O’Hara yang hilang.
·
Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam
usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia.
·
Malique merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan
O’Hara.
(iii)
Klimaks
·
Kumpulan yang diketuai oleh Dr. Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi
artifak (kapak dan tulisan zaman purba di dinding) yang sangat berharga untuk
memastikan kawasan tersebut tidak akan diterokai oleh manusia yang rakus
mengaut keuntungan dari sumber alam kawasan
tersebut.
(iv)
Peleraian
·
Akhirnya rahsia terbongkar bahawa makhluk yang berbulu adalah
Tau manakala Malique dan Itai adalah anak-anak Tau.
·
Akhirnya kawasan tersebut telah diwartakan sebagai
kawasan peninggalan sejarah yang harus dilindungi.
Teknik
Penceritaan
|
1. Pemerian
Mereka berada di khemah ketiga selepas khemah Dr. Zawawi
dan khemah Prof. Zaidah, khemah-khemah tersusun dalam bentuk separa bulatan,
dengan paling hujung adalah khemah dapur.
2. Dialog
“ tentu tiket tu dah sampai, ” Amira bersuara antara
dengar dengan tidak
“ Apa? ” Jacinta bagaikan tidak pasti dengan soalan
Amira.
3. Imbas kembali
Amira ketawa kerana mengingatkan kembali kenangan semasa
berada di Gua Niah ketika mereka turut serta dalam kerja lapangan yang
dilakukan oleh ibunya. Ketika itu Dr.
Zawawi sedang menyiapkan tesis sarjananya.
4. Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malique dan
Itai merupakan anak kepada Tau.
5. Suspens
·
Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering
membawa makanan untuknya. Malique tidak
sempat bertanya di mana dia sekarang.
Tetapi siapakah manusia itu. Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan
hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya
tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang.
·
Apa benda itu?”
Jacinta turut tidak sabar.
Hatinya berdebar-debar kencang dan setelah berminggu berada di
perbukitan itu, Jacinta amat berharap mereka akan melakukan satu penemuan
penting dan dia amat berharap perkara itu berlaku.
·
Tiba-tiba Rusdi menjerit memanggil Dr. Zawawi. Dr. Zawawi yang sedang asyik merakamkan
dinding gua terkejut dengan panggilan Rusdi lalu menghentikan rakaman dan
berlari ke arah Rusdi dan Itai. Dia tahu
Rusdi telah menemui sesuatu yang berharga dalam kajian mereka.
Watak
dan Perwatakan
|
Watak Utama
Amira
Antara Perwatakan Amira ialah:
1.
Seorang
yang gemar untuk menghadapi cabaran / melakukan kerja-kerja mencabar
·
Semasa cuti persekolahan, Amira mengajak rakannya Jacinta
ke Bukit Mat Raya, untuk turut serta dalam aktiviti cari gali arkeologi yang
diketuai oleh ibunya, Prof. Zaidah. Dia lebih suka menghabiskan cuti
persekolahan di situ daripada menghabiskan masa di rumah atau di pusat beli-belah.
2.
Seorang
yang mudah mesra
·
walaupun baru berkenalan dengan Malique di kawasan Air
Terjun Angin, Amira sudah mesra dan rapat dengan Malique. Perkenalan yang
singkat tersebut menyebabkan Amira teruja untuk mengetahui tujuan Malique
berada di hutan belantara itu. Amira juga sanggup pergi berjumpa dengan Malique
seorang diri di kawasan air tersebut sehingga membahayakan dirinya dan diri
Jacinta.
·
Amira juga menjadi mesra dan rapat dengan Itai yang telah
menyelamatkan Amira daripada lemas dihanyutkan arus deras di kawasan Air Terjun
Angin. Sejak peristiwa itu mereka menjadi rakan baik sehingga Itai sanggup
membawa Amira ke kawasan hulu sungai tempat terdapatnya ketulan emas di dasar
sungai tersebut.
3.
Seorang
yang suka bertindak melulu/bersikap terburu-buru
·
Amira pergi ke kawasan Air Terjun Angin seorang diri
tanpa memberitahu ibunya untuk berjumpa dengan Malique bagi mengetahui cerita
sebenar tentang kedatangan John O’Hara ke hutan tersebut sehingga menimbulkan
perkara-perkara yang pelik dan menakutkan di kawasan Desa Karpus. Sebaliknya
tindakan Amira menyebabkan Amira dihanyutkan oleh arus sungai sementara Jacinta
pula sesat di dalam hutan.
4.
Seorang
yang cepat insaf / menyesali kesilapan yang dilakukan
·
Setelah peristiwa Amira dihanyutkan oleh arus deras dan Jacinta
sesat di dalam hutan, Amira menyesali tindakannya. Hal ini telah menyusahkan
ibunya kerana kerja-kerja cari gali terganggu. Prof. Zaidah marah akan Amira
kerana bertindak tanpa menggunakan akal sehingga membahayakan dirinya dan
rakannya semata-mata untuk bertemu dengan Malique. Selepas kejadian itu Amira
berjanji kepada ibunya bahawa masalah tersebut tidak akan berulang lagi.
5.
Seorang
yang penyayang
·
Kejadian Jacinta sesat di dalam hutan yang ditemui tidak
sedarkan diri serta mengalami luka-luka di badannya menyebabkan Amira
bersimpati dan bersedih atas mala pelataka tersebut. Amira begitu prihatin
terhadap nasib yang menimpa rakan karibnya. Dia berasa lega apabila Jacinta
pulih kembali. Amira meminta maaf atas tindakannya sehingga menyebabkan perkara
buruk berlaku ke atas diri Jacinta. Sepanjang Jacinta terbaring di ‘hammock’
Amirlah menjaga makan minumnya.
·
Amira menjaga ibunya yang tercedera dengan penuh kasih
sayang setelah ibunya mengalami kecederaan akibat kemalangan bersama-sama
dengan Pak Lias.
6.
Seorang
yang mementingkan hubungan persahabatan
·
Amira sanggup membawa atau mengajak Jacinta ke Bukit Mat
Raya untuk mengikuti ibunya dan turut serta dalam cari gali arkeologi supaya
Jacinta dapat melupakan masalah peribadinya. Malah Amira juga sanggup meredah
hutan bersama-sama dengan Itai untuk pergi ke kawasan terdapatnya emas/kuarza
demi persahabatannya terhadap Jacinta.
7.
Seorang
yang berani
·
Amira sanggup dan berani pergi ke kawasan Air Terjun
Angin untuk bertemu dengan Malique, malah sanggup menunggu seorang diri selama
2 jam, namun Malique tidak muncul kerana pada ketika itu Malique berada di
Pulau Pinang.
·
Amira berani
mengikut Itai ke kawasan hulu sungai semata-mata untuk mengutip emas
seperti yang dikatakan oleh Itai
·
Amira berani mengikut Tau ke Gunung Gua Gajah untuk
mengumpulkan maklumat tentang kehidupan manusia zaman purba (zaman Neolitik).
8.
Seorang
yang berjiwa kental/tahan lasak
·
Amira terlibat dalam usaha mencari dan menjejaki Malique
yang hilang di kawasan Gunung Gua Gajah
·
Amira menolak cadangan Itai supaya Amira dan Jacinta
berada di bawah kaki Gunung Gua Gajah sementara Itai, Pak Lias, dan Roslan
masuk ke dalam gua sebaliknya Amira bertekad untuk masuk ke dalam gua tersebut.
Amira juga tidak berasa jijik / geli ketika memijak lantai gua yang dipenuhi
tahi kelawar.
·
Kekentalan jiwa Amira juga dapat dilihat semasa Amira
berusaha mencari Malique di dalam gua, Amira menjelajah di dalam gua sehingga
sanggup memanjat lubang kecil yang dipenuhi akar iaitu laluan ke puncak gunung
walaupun ditegah oleh Pak Lias, dia sanggup membahayakan dirinya untuk
menyelamatkan Malique.
9.
Seorang
yang mahir dalam penggunaan ICT
·
Setelah Amira
menjumpai “mobile disk”, dia berusaha membuka perisian tersebut dengan bantuan
rakan-rakannya. Dengan kemahiran yang dimiliki, Amira berjaya membuka perisian
tersebut apabila Itai mencadangkan Amira menggunakan nama saintifik emas iaitu
‘aurum’ sebagai kata laluan. Melalui perisian tersebut mereka berjaya mengetaui
kajian/laporan yang disediakan oleh Malique tentang cari gali emas di kawasan
Bukit Mat Raya yang merupakan tempat kediaman suku Orang Asli Semai.
10. Seorang yang tidak kenal erti putus asa
·
Peristiwa mencari Malique membuktikan Amira seorang yang
tidak kenal erti putus asa dalam melakukan sesuatu usaha. Walaupun berjam-jam
di dalam gua Gunung Gua Gajah, sehingga mereka tidak menemukan apa-apa kesan
tentang Malique, namun Amira tidak berputus asa untuk terus mencari Malique,
sedangkan pada ketika itu Pak Lias dan Roslan hampir berputus asa untuk
meneruskan pencarian di dalam gua tersebut.
WATAK SAMPINGAN
1. Jacinta
·
Berkulit cerah.
·
Berbangsa Cina.
·
Rakan sebilik Amira di sekolah swasta.
·
Anak seorang jutawan.
·
Telah kematian ibunya empat tahun lalu.
·
Seorang yang memendam rasa. Contohnya Jacinta tidak
berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk
berterus terang.
·
Seorang yang sensitif. Contohnya Jacinta cepat merajuk
apabila isu keluarganya diungkit.
·
Seorang sahabat yang setia. Contohnya Jacinta sentiasa
bersama-sama dan menemani Amira dalam apa-apa jua keadaan.
2. Itai
·
Berkulit gelap.
·
Berbadan tegap.
·
Anak orang asli yang bersekolah di bandar.
·
Anak kepada Tau.
·
Bakal ketua kampung.
·
Seorang yang tahu selok belok hutan. Contohnya setelah
belajar daripada Tau, akhirnya Itai berjaya mengenal selok belok hutan. Sebagai
contoh, dia berjaya menyelamatkan Amira daripada dihanyutkan oleh arus deras.
·
Seorang yang prihatin. Contohnya apabila mengetahui
Jacinta mahu memiliki batu Kuartza seperti Amira, Itai berusaha memujuk Jacinta
dengan mendapatkan emas untuk dijadikan loket.
·
Seorang yang berani.
Contohnya, Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat
digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
·
Seorang yang mempunyai keistimewaan deria keenam. Contohnya Itai dianugerahkan kelebihan deria
keenam iaitu dapat mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki
dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.
3. Profesor Zaidah
·
Wanita pertengahan usia
·
Ibu kepada Amira
·
Pensyarah universiti
·
Meminati bidang arkeologi
·
Seorang yang penyayang contohnya, sebagai ibu Prof.
Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan
diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
·
Seorang yang tegas. Contohnya sebagai pengarah projek di
Desa Karpus, Prof Zaidah tegas dalam memberi arahan kepada setiap gerak kerja
yang akan dilakukan.
·
Seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Walaupun
Prof Zaidah dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti keretanya
pernah disabotaj sehingga terbabas, namun beliau bertegas untuk meneruskan
projek cari gali tersebut.
4. Tau
·
Seorang yang tinggi lampai.
·
Berbadan tegap.
·
Bapa kepada Malique dan Itai.
·
Bekas suami kepada Ipah (Jennifer).
·
Adik kepada Ludin.
·
Seorang yang bersifat prejudis. Contohnya, Tau tidak
menyenangi kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya walaupun tanpa
mengetahui tujuan mereka.
·
Seorang yang sanggup berkorban. Contohnya Tau sanggup
menggantikan abangnya Ludin untuk berkahwin dengan Ipah agar abangnya dapat
menjadi ketua kampung.
·
Seorang yang prihatin. Contohnya, pada setiap malam, Tau
sanggup berada di Desa Karpus untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar Prof
Zaidah tanpa pengetahuan mereka.
5. Malique (Sabi)
·
Berkulit gelap.
·
Berambut kasar.
·
Anak Tau dengan Ipah.
·
Abang kepada Itai.
·
Seorang yang mahir dalam bidang IT. Contohnya, O’hara
menyuruh Malique menyiapkan laporan menggunakan kemahiran IT yang dimilikinya.
·
Seorang yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Malique
sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk
menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.
·
Seorang yang bersopan-santun. Contohnya, semasa melawat
Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang beradap telah menambat hati Prof.
Zaidah.
Gaya
Bahasa
|
1. Simile
Contoh:
· Nafasnya
naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah.
2. Personifikasi
Contoh:
· Ketika
itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada
· haiwan
itu menyebabkan haiwan itu meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya.
3. Hiperbola
Contoh:
· “Aku
minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia. Aku
masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu”
4. Sinkope
Contoh:
· “Oi...
kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik
perhatian Jacinta.
5. Inversi
Contoh:
· Kita
hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua
boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan.
6. Kata Ganda
Contoh:
· Jidin
menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat adalah mata biru
Samantha.
7. Peribahasa
Contoh:
· Akhirnya ikan
akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir.
Nilai
|
1. Nilai bekerjasama
Contoh:
·
Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan
bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.
2. Nilai kasih sayang
Contoh:
·
Kasih sayang antara Amira dan ibunya. Sebagai ibu, Prof. Zaidah membelai dan
memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika
sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
3. Nilai keberanian
Contoh:
·
Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang
amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.
4. Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh:
·
Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang
disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh
memusnahkan hutan tersebut.
5. Nilai semangat bermasyarakat
Contoh:
·
Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu
dan Jacinta yang berbangsa Cina.
6. Nilai kesopanan
Contoh:
·
Semasa melawat Amira di Desa Karpus, sikap Malique yang
beradab telah menambat hati Prof. Zaidah.
7. Nilai ketaatan
Contoh:
·
Itai taat dan mematuhi arahan bapanya Ludin supaya tidak
membawa orang luar ke kawasan lubuk emas.
8. Nilai amanah
Contoh:
·
Ludin sangat amanah dalam menjaga rahsia bahawa Itai
adalah anak kepada Tau bertahun-tahun lamanya.
9. Nilai keikhlasan
Contoh:
·
Amira ikhlas mengajak rakannya Jacinta untuk menyertai
percutiannya di Bukit Mat Raya.
10. Nilai tolong-menolong
Contoh:
·
Ludin menolong mengubati tangan Prof. Zaidah yang
tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.
Pengajaran
|
1.
Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih sayang
yang secukupnya kepada anak-anak.
Contohnya, kasih sayang antara Amira
dan ibunya. Sebagai ibu Prof. Zaidah
membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan
diri ketika sedang mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus.
2.
Kita seharusnya
memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan
semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh
memusnahkan hutan tersebut.
3.
Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan
sesuatu matlamat. Contohnya, pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan
bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.
4.
Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita
seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang
kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu
dan Jacinta yang berbangsa Cina.
5.
Kita seharusnya tolong-menolong antara satu sama lain
terutamanya semasa dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan
Prof. Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.
No comments:
Post a Comment