Monday 24 October 2011

Karangan Mohd.Amirul Afiq Jesmin 4 USM

Soalan: Huraikan kehidupan masa hadapan sebagaimana yang anda impikan.
Karangan Respons Terbuka Oleh Mohammad Amirul Afiq bin Jesmin

            Manusia merupakan suatu makhluk yang begitu kompleks tetapi sempurna daripada makhluk-makhluk yang lain. Sudah terang lagi bersuluh ,bahawa al-Quran kitab akhir zaman ,telah mengatakan bahawa manusia adalah satu spesies yang kompleks tetapi sebaik-baik kejadian.Dimaksudkan di sini ,manusia adalah satu spesies ,sentiasa inginkan yang terbaik dalam kehidupannya.Manusia inginkan kejayaan,pangkat, kemasyhuran, wang dan lain-lain. Manusia tidak pernah lelah daripada mencari harapan dan cita-cita,begitu jugalah dengan diri saya.
            Saya sendiri ingin mencari serta menempah kejayaan di dunia yang penuh dengan pancaroba.Hendak dibandingkan saya dengan berjuta-juta manusia yang lain,sudah pasti kehidupan ini bagaikan tinggal di dalam akuarium,umpama ikan yang kecil di sisi ikan yang gah serta kehebatannya terserlah.Tetapi apakan daya,saya juga mempunyai keinginan seperti orang lain ,untuk mencipta nama dan mengubah persepsi masyarakat bahawa saya bukanlah manusia yang tidak berpijak di bumi nyata.Pada dasarnya saya ingin sekali menjadi "sudu-sudu di tepi jalan,dipanjat kena durinya,disinggung kena rabasnya,ditakik kena getahnya." Peribahasa ini mengingatkan saya supaya menjadi manusia yang cerdik ,tidak mudah ditipu dengan perhiasan dunia.Hanya dengan menjadi insan yang cerdik segala impian akan tercapai.
.
            Kejayaan bukanlah senang untuk dicapai,tetapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Kejayaan ada pelbagai bentuk ,seperti kejayaan diri sendiri,kejayaan untuk masyarakat, dan kejayaan untuk negara,seperti tokoh-tokoh dunia yang hebat iaitu Tun Dr.Mahathir, Prof.Ungku Aziz, Mahatma Gandhi, Allahyarham Pendita Zaaba .Mereka semua merupakan tokoh dunia yang mengubah cara manusia dari segi pemikiran,persepsi dan cara kehidupan.Inilah kejayaan yang saya tercari-cari selama ini ,kejayaan   mengubah  ideologi-ideologi Barat yang selama ini mengongkong manusia dengan pemikiran mereka. Pemahaman yang mengatakan bahawa mereka adalah bangsa terpilih untuk memimpin manusia sejagat.Sedar ataupun tidak sedar ,pemikiran mereka bercanggah dengan akidah serta ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
            Teori-teori Barat yang digunakan sehingga sekarang seperti Teori Darwin yang begitu masyhur dalam kalangan ilmuwan sains ,mengatakan bahawa manusia ialah beruk ataupun monyet.Teori seterusnya “Islam itu adalah agama kekejaman”.Ideologi inilah yang telah mempengaruhi manusia demi kepentingan mereka sendiri sehingga wujudnya ketakutan “Islamicphobia” dalam kalangan yang bukan Islam. Itulah sebabnya saya berazam untuk mengubah ideologi-ideologi ini kepada aliran yang berpaksikan ajaran Islam,demi masa hadapan manusia sejagat.
            Seterusnya,saya bertekad menjadi seorang yang mahir dalam bidang kritikal pada zaman informasi ini.Menguasai bidang elektronik amat penting kerana manusia bergantung kepada kecekapan robot-robot pintar untuk meneruskan kehidupan.Sebagai contoh komputer, telefon bimbit,”tablet Galaxy Tab” dan sebagainya.Gajet-gajet ini mendominasi kehidupan kita seharian. Impian saya untuk menjadi pakar dalam bidang elektronik kerana ingin mencipta  gajet-gajet yang lebih pintar demi kesenangan dan kemudahan manusia.Bahkan ,menempah kejayaan dalam bidang elektronik mampu mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju dalam bidang elektronik seperti Jepun,Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
            Impian seterusnya adalah ingin menjadi jutawan,bukan untuk kesenangan diri mahupun lupa daratan,tetapi dengan memilih jalan yang diredai Allah SWT.Wang yang begitu banyak ,mampu membuka yayasan untuk golongan anak-anak yatim.Sesungguhnya,Nabi Muhammad SAW pernah besabda, “jagalah anak-anak yatim seperti mana anakmu sendiri.” Selain itu membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia yang  tunakarya  dan secara tidak langsung membantu negara merealisasikan cita-cita membanteras kemiskinan ,menjadi negara bertaraf ekonomi tinggi.
            Selain itu, keazaman untuk menjadi remaja contoh yang ideal kepada remaja-remaja lain. Marcapada ,remaja banyak terpengaruh dengan anasir-anasir Barat, budaya hedonisme yang tidak membawa apa-apa faedah.Remaja sekarang terlibat dalam pelbagai masalah sosial yang mampu meruntuhkan tamadun bangsa ,meruntuhkan budaya Timur ,budaya yang penuh adat dan adab.Tidak sedarkah mereka bahawa rancangan-rancangan  negara Barat untuk menjajah minda generasi pewaris negara. Remaja merupakan tonggak kepada kejayaan sesebuah negara .Oleh itu ,impian untuk menjadi remaja yang ideal kepada remaja-remaja lain bukanlah omong-omong kosong.
            Sebelum menyentuh konklusi fokus impian dan keazaman saya tertumpu kepada matlamat memenuhi ilmu didada.Sesungguhnya ilmu itu tiada tandingan serta nilainya yang begitu tinggi.Kekayaan tanpa ilmu,pangkat yang tinggi tanpa ilmu,kemasyhuran tanpa ilmu  di dada,siapalah kita? Rendah darjatnya di sisi makhluk yang lain tanpa ilmu. Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang berilmu kepada beberapa darjat. Imam Mahadi  pula pernah berkata” ilmu itu tiada tandingan walau digandingkan dengan emas mahupun berlian yang bernilai jutaan ringgit.
            Kesimpulannya,impian mahupun cita-cita mestilah berteraskan keazaman menjadi mukmin sejati.Sesungguhnya kekayaan tidak boleh dibawa ke alam rahmatullah, hanya berbekalkan iman dan doa daripada anak-anak yang soleh.Kehidupan di dunia hanyalah sementara kehidupan di akhirat adalah berkekalan.Persoalannya di sini,mahukan syurga atau neraka? Manusia tidak mampu menahan azab yang pedih ,justreu untuk menjadi mukmin yang sejati memerlukan kekuatan dan keazaman yang padu, bukan omong-omong kosong,bukan seperti melepaskan batok di tangga.Inilah kehidupan masa hadapan yang saya diimpikan.

No comments:

Post a Comment