1.
Sejak belakangan ini,penggunaan
telefon bimbit semakin berleluasa.Penggunaan telefon bimbit telah mendatangkan
pelbagai kesan kepada pelajar.
Berikan pendapat anda tentang
kesan-kesan negatif penggunaan
telefon bimbit dalam kalangan pelajar
.
Pendahuluan : Kuat Makan Dapat Sakit Angin
Keadaan
/isu semasa
|
Penggunaan
telefon bimbit sudah menjadi keperluan pelajar
|
Mengapa
|
Mudah
untuk berkomunikasi
|
Di
mana
|
Di
mana-mana sahaja
|
Siapa
|
Para
pelajar,ibu bapa
|
Apa
|
Apakah
kesan
|
Pendahuluan;
Penggunaan telefon bimbit sudah menjadi keperluan yang
penting bagi para pelajar.Hal ini demikian kerana pelajar mudah berkomunikasi
dengan ibu bapa atau rakan-rakan sama ada melalui sistem pesanan ringkas atau
perbualan langsung.Di mana-mana sahaja kita akan melihat para pelajar ,ibu bapa
dan masyarakat menggunakan kemudahan
komunikasi ini.Tanpa disedari penggunaan telefon bimbit ini sebenarnya membawa
pelbagai kesan negatif.Soalnya apakah kesan-kesan negatif penggunaan telefon
bimbit terhadap pelajar?
Kaedah
Merangka isi/Idea ( I
C2 K 2P ) IC Kad Pengenalan
Idea
1
|
Membazirkan
wang
|
Contoh
1
|
Menggunakan
wang saku untuk tambah nilai
|
Contoh
2
|
Persaingan
memiliki jenama terkini
|
Kesan
1
|
Tiada
wang untuk makan di kantin, atau membeli buku rujukan atau alat tulis
|
Kesan
2
|
Mencuri
/membebankan ibu bapa
|
Penegas
|
Penggunaan
telefon bimbit menyebabkan kos sara hidup meningkat
|
Indah
|
Ukur baju di badan sendiri
|
Antara kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar ialah membazirkan wang.Sebagai buktinya mereka menggunakan
wang saku yang diberi oleh ibu bapa untuk menambah nilai sekurang-kurangnya RM
10.00 sehari.Ada juga bersaing sesama rakan untuk memiliki jenama terkini seperti
Samsung generasi “Y”,Nokia Lumia yang berharga RM1500.00 ke atas.Kesannya
pelajar tiada wang untuk makan di kantin,membeli alat tulis atau membeli buku
rujukan. Selain itu,akibat yang paling serius ialah pelajar sanggup mencuri
wang keluarga atau orang kampung untuk membeli telefon bimbit berjenama dan canggih.Tegasnya penggunaan
telefon bimbit hanya menyebabkan kos sara hidup keluarga meningkat dan para
pelajar sewajarnya bersikap rasional seperti kata pepatah ukur baju di badan
sendiri,cukuplah sekadar telefon bimbit biasa,yang penting berfungsi sebagai
alat komunikasi.
Kaedah
IMBaKUP
Idea
2
|
Disalahgunakan
|
Mengapa
|
Dorongan
nafsu/rakan
|
Bagaimana
|
Fitnah
, gambar lucah
|
Kesan
|
Rosak
akhlak
|
Ungkapan
|
Langit
terbuka
|
Penegas
|
Telefon
bimbit menjadi salah satu punca masalah gejala sosial
|
Selain itu, telefon bimbit disalahgunakan oleh para
pelajar.Atas desakkan nafsu,persekitaran dan rakan-rakan, mereka akan memuat
naik gambar-gambar lucah,fitnah-memfitnah,ugutan malah ada yang menggunakan
telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan atau ada juga ‘menjual diri’
melalui telefon bimbit.Sebagai akibatnya berlakulah masalah sosial seperti
pelacuran,gay,lesbian, dan akhirnya keruntuhan akhlak yang akan meranapkan
tamadun manusia serta meletakkan taraf manusia
seperti haiwan ternakan terutamanya dalam era langit terbuka ini.Jelasnya
telefon bimbit menjadi punca masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar jika
tidak dipantau dengan berhemah oleh ibu bapa.
Kaedah
TFFP ( Tengok Fa Fau Pengsan)
Topik/idea
|
Menjejaskan
kesihatan pelajar tanpa disedari
Frasa 1 Frasa 2
|
Frasa
1
|
Gelombang
elektromagnet memusnahkan sel otak dan sel saraf
|
Frasa
2
|
Penyakit
kanser/kematian
|
Penegas
|
Pembunuh
senyap
|
|
|
Di samping itu,penggunaan telefon bimbit juga akan
menjejaskan kesihatan para pelajar tanpa disedari oleh pelajar itu sendiri atau
ibu bapa mereka.Kesihatan seseorang pelajar akan terjejas kerana gelombang
elektromagnet memusnahkan sel otak dan sel saraf secara perlahan-lahan.Tanpa
diduga sel-sel kanser mula menular di dalam badan dan akhirnya membawa maut ketika usia masih
muda.Akibatnya negara akan kehilangan tenaga pakar atau tenaga kerja yang akan
membina wawasan negara pada masa akan datang.Tuntasnya telefon bimbit menjadi pembunuh senyap rakyat Malaysia.Mati
semut kerana gula,manusia mati kerana teknologinya yang tidak mesra alam
dan sewajarnyalah para pelajar
dinasihatkan tidak terlalu ketagih dalam penggunaan telefon bimbit.
Kaedah
ICKP
Idea
3
|
Membuang
masa
|
Contoh
|
Leka
dengan SMS/berbual atau bermain pelbagai permainan
|
Kesan
|
Tidak
ada masa untuk menelaah pelajaran/membaca/bersenam
|
Penegas
|
Telefon
bimbit mencuri masa pelajar /akan lahir generasi yang lemah jati diri
|
Indah
|
Masa
itu emas
|
Sebelum menyentuh konklusi fokus perbincangan kita
tertumpu kepada isu para pelajar membuang masa sehingga
mengabaikan peranan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh ,mengejar
kecemerlangan akademik ,seterusnya menjawat jawatan penting demi kelangsungan
kepimpinan negara. Para pelajar leka dengan sistem pesanan ringkas,berbual
kosong,bermain pelbagai permainan siber sehingga tiada masa untuk menelaah
pelajaran,membaca buku,berdiskusi dengan rakan-rakan dan juga bersenam untuk
kesihatan mental serta fizikal. Pepatah masa itu emas tidak membawa apa-apa
makna bagi para pelajar kerana keseronokan adalah matlamat utama dalam hidup
pada usia remaja ini.Tegasnya telefon bimbit telah mencuri masa
pelajar,melahirkan pelajar yang lemah jati diri dan hanya membentuk pelajar menjadi
seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Kesimpulan
Harapan Harapan Cadangan
kesimpulan
Kesimpulannya, telefon bimbit merupakan alat komunikasi
yang penting tetapi mempunyai pelbagai kesan buruk kepada kita.Penggunaannya
selamat jika kita sentiasa berwaspada atau menggunakannya dengan cermat.Penggunaan
telefon bimbit boleh membawa kesan yang baik atau buruk ,semuanya bergantung
kepada individu itu sendiri,tepuk dada tanya iman.Sementara itu pihak kerajaan melalui SIRIM mestilah mengkaji dan menyelidik teknologi
yang mampu menghalang radiasi daripada telefon bimbit agar semua pengguna akan
terselamat semasa menggunakan ‘bom jangka’ ini.
No comments:
Post a Comment