Saturday 22 September 2012

Jawapan contoh Novel Azfa Hanani


Soalan 3 : Terangkan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Novel yang saya kaji,iaitu Azfa Hanani karya   Halis Azhan Mohd Hanafiah.
            Latar masyarakat ialah gambaran tentang sesuatu masyarakat dari segi keadaan ,taraf hidup,kepercayaan dan lain-lain.Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang kaya dan mementingkan status.Contohnya , Tengku Muzaffar yang berasal daripada keluarga bangsawan  atau kaya menghalang perhubungan adiknya ,iaitu Tengku Murni dengan Ekran kerana menganggap Ekran daripada golongan marhaen.

            Selain itu, terdapat juga masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu,seperti Azfa Hanani . Azfa Hanani gigih mengikuti kelas intensif bahasa Inggeris dan bahasa Jepun empat kali seminggu  di Institut Lingua Franca.
            Terdapat juga masyarakat yang prihatin terhadap nasib orang lain.sebagai contoh Tengku Mazran menanggung kos perubatan Zuraini yang lumpuh di Indonesia.

Soalan 4 : Jelaskan tiga nilai kemanusiaan daripada novel yang anda kaji berserta contoh peristiwa yang berlaku.
Novel yang saya kaji,iaitu Azfa Hanani karya   Halis Azhan Mohd Hanafiah.
            Nilai kemanusiaan ialah tingkah laku atau perbuatan baik  dan disenangi yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.Antara nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel ini ialah nilai baik hati.Contohnya ,Tengku Mazran berjanji kepada Azfa Hanani untuk menanggung kos perubatan Zuraini ,iaitu sepupu Azfa Hanani yang lumpuh.
            Selain itu,terdapat juga nilai bertanggungjawab.Buktinya Tengku Ellina yang melaksanakan tugasnya sebagai pengawas sekolah  dengan mengawasi barisan murid kelas lain.
            Selain itu nilai kegigihan juga dapat dilihat melalui beberapa peristiwa.Antaranya ialah Azfa Hanani gigih mengikuti kursus intensif bahas Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca.

No comments:

Post a Comment