Soalan:
Sungai merupakan khazanah alam yang tiada nilainya .Namun keadaan sungai-sungai
di Malaysia pada hari ini amat membimbangkan.Usaha yang bersepadu daripada
pelbagai pihak adalah amat penting adalah amat penting untuk mengatasi masalah
pencemaran sungai yang semakin serius.
Tuliskan
komen anda berkaitan perkara ini.
Sungai merupakan khazanah alam yang
tiada nilainya.Namun keadaan sungai-sungai di Malaysia pada hari ini amat membimbangkan . Hal ini
demikian kerana berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1997 ,Jabatan Alam
Sekitar, menunjukkan sungai dalam kategori bersih telah berkurangan sebanyak 43
peratus dalam tahun 1997 ke 1999.Dalam tempoh itu bilangan sungai yang tercemar
telah bertambah sebanyak hampir sekali ganda daripada 13 batang sungai pada
1996 kepada 25 batang sungai pada 1997.Pada tahun 1999, 120 batang sungai telah
tercemar dan pada tahun 2007 sebanyak 16 batang sungai dikategorikan sebagai
sungai mati iaitu sungai kelas 5.Sungai kelas 5 bermaksud air sungai berbau
busuk dan berwarna hitam.Sebagai contoh Sungai Pinang di Georgetown, Pulau
Pinang. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum jumlah sungai mati bertambah, usaha
yang bersepadu daripada pelbagai pihak adalah amat penting untuk mengatasi
masalah pencemaran sungai ini.
Antara pihak yang terlibat secara
langsung dalam mengatasi masalah pencemaran sungai ialah Jabatan Parit dan
Saliran, serta Jabatan Alam Sekitar. Jabatan Parit dan Saliran merupakan sebuah
agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan sungai terutamanya
dalam kaedah bukan perundangan.Antara usaha untuk memelihara dan memulihara
sungai pihak Jabatan Parit dan Saliran telah melancarkan kempen Cintailah
Sungai Kita, Kempen Sungai Angkat dan Pembangunan Semula Tebingan Sungai yang
melibatkan semua pihak merangkumi Pihak Berkuasa Tempatan , NGO (Pertubuhan
Bukan Kerajaan) dan masyarakat setempat.Pembangunan Semula Tebingan Sungai
melibatkan pembinaan pusat-pusat perniagaan dan segala aktiviti ekonomi
dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya dalam bidang perundangan
pelupusan sisa pepejal dan pemeliharaan sungai. Selain itu,tebingan sungai
dimajukan sebagai kawasan alam semula jadi dan reakrasi,Aktiviti berkayak,sukan
air ,pertandingan memancing dapat mendidik masyarakat untuk bertanggungjawab dan
mencintai sungai yang bersih . Sebagai contohnya Sungai Kuching,Sungai
Kuantan,Kuala Kangsar dan Kuala Terengganu telah menunjukkan perubahan kualiti
air yang amat memberangsangkan.Tegasnya usaha-usaha Jabatan Parit dan Saliran
seumpama kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya, hanya usaha yang
berterusan dapat memupuk masyarakat memelihara dan memulihara sungai secara
sukarela.
Selain itu, usaha-usaha bersepadu
Jabatan Alam Sekitar dengan masyarakat setempat juga penting dalam mengatasi
masalah pencemaran sungai.( CUBA TULIS!!!!!!)
No comments:
Post a Comment