Wednesday 6 June 2012

Soalan No.4 ( 3 Perwatakan BUKAN 3 watak)


a)      Watak merupakan pelaku yang menggerakkan atau menghidupkan cerita dalam sesebuah hasil karya. Berdasarkan pernyataan ini,huraikan tiga perwatakan watak utama novel yang anda kaji.
                                                                                                                             ( 7 markah)
            Novel yang saya kaji ialah Azfa  Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah.Watak utama yang menghidupkan novel ini ialah Azfa Hanani.
            Dari segi perwatakan luarannya ,Azfa Hanani berusia 17 tahun dan merupakan seorang gadis yang cantik.Wajahnya lembut .Azfa Hanani menjadi yatim piatu sejak kecil setelah ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
            Dari segi perwatakan dalamannya  ,Azfa Hanani gigih dalam menuntut ilmu.Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa dia sanggup berulang-alik ke sekolah sejauh 30 kilometer dengan bas sekolah untuk menimba ilmu. Azfa Hanani turut menghadiri tuisyen di Institut Lingua Franca untuk mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.
            Selain itu,Azfa Hanani seorang yang penyayang.Dia amat menyayangi sepupunya Zuraini.Contohnya dia sanggup menerima tawaran tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni agar Zuraini yang lumpuh dapat menerima rawatan kerana telah dijanjikan sedemikian oleh Tengku Mazran.

b)      Nilai merupakan segala perlakuan baik yang harus dijadikan teladan.Bincangkan nilai-nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
                                                                                                                       ( 8 markah)

            Banyak nilai yang boleh dijadikan teladan dalam novel yang saya kaji iaitu Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah.
            Antaranya  ialah nilai baik hati.Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Tengku Mazran yang berjanji kepada Azfa Hanani untuk menanggung kos perubatan Zuraini,iaitu sepupu Azfa Hanani yang lumpuh.
            Selain itu,nilai bertanggungjawab.Hal ini dapat dibuktikan melalui watak Tengku Ellina .Dia melaksanakan tugasnya selaku pengawas dengan mengawasi barisan murid kelas lain.
            Di samping itu,berdasarkan beberapa peristiwa dapat ditemukan  nilai kegigihan .Antaranya ialah Azfa Hanani gigih mengikuti kursus intensif bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca.
            Akhir sekali nilai kasih sayang.Pak Long Madi memberikan kasih sayang seumpama bapa kandung kepada Azfa Hanani dan telah menjaga Azfa Hanani sejak kecil,iaitu sejak ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.    

No comments:

Post a Comment