Jika kita dengarkan kembali lagu Hijau
dendangan Zainal Abidin pasti kita sedar akan mesej yang cuba disampaikan
tentang betapa eratnya alam sekitar dengan manusia.Bait-bait awal dalam lagu
tersebut memberi isyarat yang jelas
kepada kita sebagai manusia atau satu-satunya makhluk yang mempunyai akal untuk
berfikir dan bertindak sewarasnya dalam menjaga warisan alam sekitar yang tidak
terbanding ini. Selagi
kita terus mengamalkan sikap negatif dan acuh tak acuh dalam mengekalkan alam
sekitar yang bersih, indah dan tidak tercemar, maka kita sendiri akan menerima
padahnya. Oleh itu usaha-usaha untuk memelihara alam sekitar perlu diberi
perhatian dan melibatkan oleh semua pihak.
Antara
usaha yang praktikal ialah mengitar semula barang terpakai.40 peratus sampah
sarap seperti tin,besi buruk ,botol,kertas dan barangan plastik boleh dikitar
semula. Dengan mengitar semula satu tin
aluminium kita seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik tiga jam untuk televisyen
.Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat mengurangkan 4,360
tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok . Dengan mengitar semula
satu botol kaca kita seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol
lampu 100 watt selama empat jam.Tegasnya amalan kitar semula seumpama serampang dua mata,menyelamatkan alam sekitar dan dapat pula mengurangkan kos
sumber tenaga serta menambah pendapatan keluarga.
Selain
itu,elakkan pembakaran terbuka.Biasanya pembakaran terbuka ini dilakukan oleh
petani yang memugar hutan untuk tanaman
padi bukit ,jagung dan getah. Ada juga petani yang membakar jerami padi selepas
musim menuai.Sebagai akibatnya berlakulah pencemaran udara dan jerebu.
Pembakaran terbuka mestilah dihalang melalui penguatkuasaan undang-undang
memandangkan proses pembakaran akan meningkatkan karbon dioksida seterusnya
akan menyebabkan kesan rumah hijau.Kesan rumah hijau pula akan menyebabkan
pemanasan global.Tuntasnya jika pembakaran terbuka dapat dibendung maka alam
sekitar pasti terpelihara.
Akhir
sekali,semua pihak mestilah menyahut seruan kerajaan dalam program tanam semula
pokok.Sebagai contoh,Kempen Tanam 26 Juta Pokok Menjelang 2015,Kempen Hari Bumi
,Kempen Tanam 50 Jenis Pokok Hutan UPM 2011 dan Kempen Tanam Pokok Bakau Melaka
2010. Pokok-pokok terutamanya bagi Hutan Hujan Topika amat penting untuk
menyerap karbon dioksida yang dilepaskan oleh kenderaan,kilang dan pembakaran
terbuka.Pokok-pokok juga melepaskan gas oksigen untuk kehidupan makhluk di
bumi,menghalang hakisan,zon penampan ribut atau tsunami dan memulihkan
ekosistem bumi yang kian terganggu.Tegasnya program tanam semula pokok mestilah
dilakukan dengan konsisten agar alam sekitar dapat diselamatkan daripada
pemanasan global.Jangan terhantuk baru
tengadah,cuaca panas di Cameron Higlands
wajar menjadi iktibar kepada semua pihak agar lebih serius dalam
memelihara alam sekitar.
Kesimpulannya,
memelihara alam sekitar menjadi tanggungjawab semua pihak bertepatan dengan
pesanan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,Tan Sri Joseph Kurup.
Beliau berkata semua pihak tanpa mengira umur,sektor swasta atau kerajaan perlu
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memelihara , memulihara alam sekitar
yang semakin terancam pada hari ini sehingga menyebabkan banjir,tanah runtuh
dan pelbagai bencana alam yang lain.Sesungguhnya alam sekitar ini bukanlah
milik kita,tetapi dipinjamkan oleh generasi yang akan datang.Oleh itu kita
mestilah amanah dalam menjaga dan memelihara alam sekitar.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTq vry mch! Fis hlpd me a lot! But my tcer say isi x matang... Dunno y?!? I find dis osem! Love u ... Continue ur writing!
ReplyDeleteBagus bagus
ReplyDeleteYey dpt idea. tq
ReplyDeleteTq for idea
ReplyDeletecan do ulasan for this?
ReplyDelete