Langkah-langkah untuk mengekalkan kebersihan tandas di
sekolah.
Oleh : Qayyum, Iswal,
Ameer, Amin, dan Khairul. 5 Akaun 2014.SMK Mengkuang
Tandas
di sekolah adalah salah satu kemudahan khas bagi murid-murid dan guru-guru
menggunakannya.Kebersihan tandas di sekolah menjadi perkara yang sangat
sensitif bagi ibu bapa dan para pelajar. Ada ibu bapa daripada golongan elit
inginkan tandas yang bersih tetapi tidak mengizinkan anak-anak mereka terlibat
dalam aktiviti menjaga kebersihan tandas. Oleh itu sikap hidung tinggi ini harus dibendung jika inginkan tandas yang
bersih.Orang tua-tua pernah berkata,berat
sama dipikul ,ringan sama dijinjing menepati usaha kerjasama antara guru dan murid untuk berganding bahu menjaga
kebersihan tandas di sekolah. Persoalannya ,apakah langkah-langkah untuk mengekalkan kebersihan
tandas sekolah?
Pada
pendapat saya,antara usaha untuk mengekalkan kebersihan tandas adalah dengan
melakukan aktiviti pembersihan secara berkala. Aktiviti pembersihan dilakukan
secara bergotong –royong dan mengikut giliran tingkatan berdasarkan jadual yang
ditetapkan oleh pihak sekolah.Hal ini dikatakan demikian kerana pembersihan
tandas secara berkala oleh murid-murid dapat menjamin kebersihan tandas secara
berterusan .Sebagai contoh,aktiviti ini boleh dilakukan pada waktu
kokurikulum atau semasa program
gotong-royong perdana. Tegasnya usaha mengekalkan kebersihan tandas dapat memupuk sifat cinta akan kebersihan dan
semangat bersatu padu,bersesuaian dengan kata pepatah,bersatu teguh,bercerai roboh.
Selain
itu,kempen berterusan juga dapat dikenal pasti sebagai salah satu langkah yang
perlu dilakukan untuk mengekalkan kebersihan tandas di sekolah.Hal ini
bermaksud ,pihak sekolah ,Persatuan Ibu Bapa dan Guru,dan media massa haruslah
berganding bahu menjayakan kempen
kebersihan tandas.Kempen ini boleh disiarkan melalui surat
khabar,televisyen,radio,dan edaran risalah. “Kempen Tandas Lima Bintang”
misalnya telah menarik minat murid-murid untuk meraih kemenangan dalam usaha
menjaga kebersihan tandas.Secara tidak langsung,kempen kebersihan ini membentuk
sikap prihatin terhadap kebersihan persekitaran terutamanya tandas
sekolah.Tuntasnya, kebersihan sebahagian daripada iman benar-benar telah
dihayati oleh murid-murid melalui usaha menjaga kebersihan tandas seumpama sambil menyelam minum air.
Di
samping itu,ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberikan perhatian dan
didikan tentang kebersihan tandas kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya .
Hal ini demikian kerana ,ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak
,misalnya mencuci tandas selepas
menggunakannya .Jika ibu bapa tidak menitik beratkan kebersihan ,maka
sikap buruk ini akan menjadi ikutan anak-anak ,bapa borek anak rintik. Sikap ibu bapa yang pengotor,membuang puntung
rokok di dalam tandas akhirnya menjadi alah
bisa tegal biasa.Oleh itu ibu bapa mestilah memupuk sikap cinta akan
kebersihan sejak kecil lagi kerana yang
bulat tidak datang bergolek,yang
pipih tidak datang melayang.
Anak-anak bukannya ahli silap mata yang tiba-tiba menjadi seorang yang
pembersih.
Secara
tuntasnya,semua pihak mestilah berusaha untuk mengekalkan kebersian tandas di
sekolah agar kebersihan tandas dapat dikekalkan . Dalam hal ini,tandas sekolah
akan menjadi lebih selesa untuk digunakan oleh murid-murid.Orang bijak pandai
pernah berpesan,kalau tidak dipecahkan
ruyung,manakan dapat sagunya ,
jika tandas tidak bersih ,persekitaran sekolah akan tidak ceria.Oleh itu,semua
pihak sewajarnya bersama-sama menjaga kebersihan tandas.
No comments:
Post a Comment