Soalan:
Punca-punca Berlakunya Fenomena Jerebu
Oleh: Nor Azrin Natasya,Nurul Syafiqah,Fatin
Nursyafiqa,Qaisarah Batrisya,dan Najjini
Pada
era globalisasi ini, fenomena jerebu semakin serius dan amat membimbangkan
semua pihak.Hal ini demikian kerana manusia begitu rakus mengejar kekayaan
dunia sehingga menyebabkan fenomena jerebu menjadi semakin sukar untuk diatasi.
Sementara itu,baru-baru ini kita dikejutkan dengan fenomena jerebu di Johor
Bharu, Seberang Jaya,dan Manjung,Perak.Indeks Pencemaran Udara telah
menunjukkan bacaan yang tidak sihat. Persoalannya,apakah punca-punca fenomena
jerebu?
Antara
punca fenomena jerebu ialah pembakaran terbuka.Hal ini berpunca daripada petani tradisional yang memugar hutan dengan menggunakan kaedah
termurah iaitu pembakaran terbuka.Pesawah padi pula membakar jerami padi
selepas musim menuai dan pihak swasta
membuka ladang kelapa sawit dengan cara membakar hutan secara terbuka.Sebagai
akibatnya ,karbon dioksida , karbon monoksida,debu-debu ,zarah-zarah hasil
pembakaran terampai di ruang udara sehingga menyebabkan jerebu yang
serius.Tegasnya,kegiatan pertanian yang tidak sistematik menyebabkan jerebu
sering melanda negara kita.
Selain
itu, antara punca yang dapat dikenal pasti sebagai penyebab fenomena jerebu
ialah pembebasan asap kenderaan dan kilang. Memandangkan kedudukan ekonomi
masyarakat semakin kukuh setiap keluarga pastinya mempunyai dua buah kereta dan
tiga buah motosikal secara purata.Jumlah kenderaan yang terlalu banyak
menyebabkan pembebasan gas karbon monoksida tidak dapat dikawal. Kilang-kilang
yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan pula melepaskan asap ke udara tanpa
sebarang alat penapis yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Sebagai
akibatnya,atmosfera bumi dipenuhi zarah yang tidak terlarut dan menyebabkan
jerebu yang semakin serius.Tuntasnya,kemajuan industri tanpa pemantauan pihak
berkuasa secara konsisten menyebabkan fenomena jerebu tidak dapat dibendung
lagi.
Pada
waktu yang sama, penebangan hutan secara berleluasa juga menjadi punca jerebu
.Hal ini demikian kerana ,pokok-pokok yang menjadi “tali pinggang bumi” dan
penyerap karbon dioksida telah musnah. Penebangan hutan juga menyebabkan
kawasan tadahan air terjejas.Proses penyejatan air berlaku begitu cepat dan
apabila berlaku musim kemarau,fenomena jerebu akan mudah berlaku.Penebangan
hutan juga menyebabkan kitaran air semula jadi terganggu iaitu proses
pembentukan awan kolonimbus telah terhalang .Tanpa hujan lebat pastinya jerebu
akan menjadi bencana alam yang paling serius.Jelasnya, penebangan hutan tanpa
kawalan menyebabkan pelbagai bencana alam seerti kemarau,pencemaran,dan jerebu.
Kesimpulannya,
semua pihak mestilah bertanggungjawab dan bekerjasama bagai aur dengan tebing
untuk mengekalkan keindahan alam ini. Pihak kerajaan dan swasta haruslah
mengambil langkah serius untuk mengurangkan masalah jerebu.Janganlah kita menjadikan
pembangunan sebagai alasan untuk bertindak sesuka hati sehingga menyebabkan
fenomena jerebu berlaku. Jika masalah jerebu tidak diatasi segera, pelbagai
penyakit akan mudah merebak dan mengganggu kesihatan rakyat Malaysia .Oleh itu
,marilah kita menjaga alam sekitar ini,kerana dunia yang indah ini bukan milik
kita tetapi dipinjam daripada generasi yang akan datang.
Amazing! http://clanshelper.com/ - I got free CoC gems here! Get yous too in less than two minutes!! Couldnt believe at first but it really works for CoC!(SJLkR7jqhQ)
ReplyDelete