Friday 17 October 2014

Karangan Respons Terhad: Pencapaian Akademik

Tajuk: Usaha-usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik.
Nama: Khairunnisa , Nur Alia Suhaila, Izatul Najihah, dan Nurul  Fadhlin Sakina.
         Pada era pancamerdeka yang mencabar minda dan jiwa ini, pencapaian akademik menjadi fokus utama dalam kalangan masyarakat madani.Realiti ini acap kali menjadi wacana masyarakat yang mendominasi mentaliti kelas pertama. Persoalannya,adakah kita mampu meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar pada masa ini? Sesungguhnya ,benarlah bicara bijak pandai bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.
         Pada pendapat saya,antara usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik adalah dengan mengulangkaji pelajaran. Hal ini dikatakan demikian dengan mengulangkaji pelajaran, pelajar dapat menguatkan lagi daya ingatan mereka dengan lebih baik. Waktu sesuai yang sering disarankan untuk mengulangkaji pelajaran adalah pada dua per tiga malam di antara jam tiga hingga enam pagi. Mengulangkaji mata pelajaran yang memerlukan kita membaca secara akal seperti sejarah, sains, pendidikan Islam ,dan mata pelajaran elektif amat sesuai diamalkan pada waktu tersebut. Di samping itu, mengulangkaji pelajaran juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Berdasarkan hujah yang dinyatakan sudah terang lagi bersuluh bahawa mengulangkaji pelajaran merupakan usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik .
       Selain itu, perbincangan berkumpulan juga dikenal pasti sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik . Hal ini bermaksud pelajar yang melakukan perbincangan berkumpulan mampu menyelesaikan perkara yang sukar bersama-sama rakan. Lagi pun, perbincangan berkumpulan ini juga mampu mempelajari pelajaran yang kita tidak ketahui. Sebagai tamsilan perbincangan berkumpulan , rakan dapat menerangkan  perkara yang baharu dan tidak pernah diketahui . Kita juga dapat membuat perbincangan berkumpulan pada waktu yang sesuai. Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu usaha meningkatkan pencapaian akademik ialah perbincangan berkumpulan secara konsisten.
            Usaha meningkatkan pencapaian akdemik yang berikutnya ialah mengunjungi perpustakaan. Dalam konteks ini, mengunjungi perpustakaan oleh pelajar berupaya untuk mencari ilmu di tempat yang lebih kondusif. Tambahan pula, mengunjungi perpustakaan ini juga berupaya untuk merasai suasana baru dan kemudahan untuk mendapat sumber rujukan yang pelbagai . Misalnya mengunjungi perpustakaan pelajar dapat menelaah buku rujukan yang lebih mantap kandungannya. Saya optimis bahawa mengunjungi perpustakaan merupakan antara usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik.
            Kesimpulannya,semua pihak mestilah berusaha dengan gigih untuk meningkatkan mutu pendidikan agar negara dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan luas.Dalam hal ini,orang bijak pandai pernah berkata kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Jika kita gagal meningkatkan penguasaan akademik pastinya negara kita akan mundur dalam mengejar arus teknologi yang amat canggih ini.Oleh itu,usaha-usaha meningkatkan pencapaian akademik menjadi tanggungjawab semua pihak terutama para pelajar itu sendiri kerana , pengayuh sudah ditangan,perahu sudah di air.Usaha dalam tangan pelajar itu sendiri.

No comments:

Post a Comment