Thursday 16 October 2014

Karangan Respons Terhad Kumpulan Kecik SMKM

Soalan: Punca-punca masalah obesiti.
Oleh kumpulan: Kecik’s Group SMK Mengkuang
            Dalam mendepani dunia realiti  yang semakin padat dengan inovasi ini, isu  obesiti semakin membarah dalam kalangan masyarakat .Realiti ini acap kali menjadi mauduk bicara para pemimpin masyarakat dan ahli politik.Lebih menarik lagi isu yang meruntun jiwa dan minda ini turut disiarkan di media massa untuk tatapan umum. Persoalannya,adakah kita bersedia menghadapi kemelut obesiti yang melanda generasi kini? Sesungguhnya benarlah bicara bijak pandai ,tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata.Oleh yang demikian lapangkan jiwa untuk merenung kesan yang akan timbul jika fenomena ini terus berlaku.
            Antara punca masalah obesiti iaitu makan secara berlebihan .Hal ini demikian kerana pengambilan makanan secara berlebihan oleh seseorang seperti makan makanan yang berkolesterol tinggi dapat menaikkan berat badan seseorang secara mendadak.Di samping itu,mengambil makanan yang tidak mengikut kesesuaian masa juga menyebabkan obesiti.Sebagai contoh mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak pada waktu malam .Ada juga individu yang ketagihan makanan segera seperti burger,mi segera serta minuman berkarbonat  akan menyebabkan seseorang itu cepat menjadi gemuk.Berdasarkan hujah yang dinyatakan ,sudah terang lagi bersuluh bahawa pengambilan makanan tidak berdasarkan piramid makanan merupakan antara punca masalah obesiti.Dalam masalah ini, golongan cerdik pandai pernah menyebut sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.
            Kurang bersenam juga antara punca masalah obesiti. Hal ini kerana rakyat Malaysia sering mengabaikan aktiviti yang bermanfaat ini.Laporan kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 73.9 peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah obesiti dan satu per empat daripada peratus tersebut adalah disebabkan kurang bersenam.Dalam journal kesihatan UNESCO 2012 telah  mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Orang Gemuk .Tuntasnya, masalah kegemukan haruslah ditangani segera bagi membolehkan Malaysia melahirkan rakyat sihat ,bebas daripada obesiti.Oleh itu,janganlah bersikap dakap diri danmengharapkan sesuatu keajaiban tanpa usaha.
            Akhir sekali,masalah obesiti ini juga dikenali pasti berpunca daripada mewarisi kegemukan keturunan ahli keluarga kita .Dalam konteks ini jika terdapat keturunan kita seperti ibu bapa ,datuk , nenek ,dan keluarga yang terdahulu mengalami masalah obesiti,tidak mustahil  kita turut mengalaminya.Dari segi saintifiknya,individu yang mengalami masalah obesiti ini disebabkan mewarisi genetik daripada ibu bapa ataupun daripada keluarga terdahulu.Oleh itu,kita hendaklah terlebih dahulu menyelidik sejarah keturunan kita sama ada terdapat ahli keluarga kita mengalami masalah kegemukan atau tidak agar kita tidak membuat kesimpulan yang melulu seperti masalah kegemukan yang kita alami disebabkan faktor kita makan terlalu banyak.
            Konklusinya, isu obesiti haruslah dititikberatkan oleh semua pihak.Isu ini boleh menjatuhkan imej negara di persada antarabangsa.Justeru kita harus bersungguh-sungguh dalam mengatasi dan janganlah hanya melepaskan batuk di tangga agar masyarakat dapat meneruskan kehidupan dengan gaya hidup yang sihat,bak kata orang tua-tua ,mencegah lebih baik daripada mengubati.Percayalah,jika kita bersatu-padu dan bersungguh-sungguh mengatasi sudah pasti seluruh rakyat Malaysia dapat menghindarkan diri daripada kekangan obesiti.

No comments:

Post a Comment