Kepentingan Membaca /Latihan hari Jumaat 5AK1/5AK2 ….tahniah ..boleh..pun
i.
Menambahkan
ilmu pengetahuan
ii.
Meningkatkan
kemahiran berbahasa
iii.
Hobi
yang berfaedah
iv.
Mencetuskan
idea baru.
Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia
telah meningkat kepada lapan
hingga 12 buah buku setahun pada tahun 2013 berbanding hanya dua muka surat pada tahun 1996. Menurut
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara peningkatan dipengaruhi oleh
pertambahan syarikat penerbitan buku, peningkatan jumlah buku,dan kesedaran
manfaat membaca buku dalam kalangan masyarakat Malaysia.Persoalannya,apakah
kepentingan membaca kepada rakyat Malaysia?
Pada
pendapat saya,antara kepentingan membaca ialah menambahkan ilmu
pengetahuan.Sebagai contoh, ilmu pengetahuan tentang sains,
astronomi,pertanian,sejarah ,dan agama Islam.Ilmu pengetahuan tentang
aspek-aspek pertanian seperti kaedah menanam pokok,teknik membiak anak benih
pokok, jenis baja ,dan cara penjagaan dapat diketahui melalui pembacaan buku
pertanian yang tersohor iaitu ‘Green
Fingers’ karya M.Shadevan.Tuntasnya,banyak membaca kita pasti berjaya dalam
sesuatu bidang yang diceburi kerana berilmu pengetahuan .Keadaan ini bertepatan
dengan slogan kempen membaca ‘Bangsa membaca Bangsa Berjaya’ dan ‘Membaca Jambatan Ilmu’.
Selain itu,
membaca meningkatkan kemahiran berbahasa sama ada bahasa Melayu,Mandarin dan
bahasa Inggeris. Melalui bacaan kita mampu menguasai kosa kata yang
luas,menguasai ungkapan yang menarik,menggunakan bahasa yang betul ,dan sesuai
dengan khalayak. Sebagai contoh,dalam sesuatu majlis kita mampu menggunakan
bahasa mengikut protokol rasmi sama ada majlis itu ada kerabat di raja,orang
kenamaan,menteri-menteri,atau rakyat biasa.Tegasnya,biasakan yang betul dalam
kemahiran berbahasa hanya dapat dipupuk melalui amalan membaca.
Di samping
itu, membaca merupakan hobi yang berfaedah.Masa lapang dapat dimanfaat dengan
hobi membaca seupama serampang dua mata,iaitu
membaca sebagai hobi dan dapat pula pelbagai maklumat.Dalam Islam aktiviti
membaca bukan sahaja sekadar hobi biasa
malah menjadi tuntutan agama kerana awal suruhan Tuhan ialah ‘iqra’ iaitu bacalah dengan nama
Tuhanmu. Hal ini bermaksud membaca menjadi tuntutan wajib bagi umat Islam,
membaca mempunyai hikmah yang besar dalam usaha mencari ilmu . Jelasnya,hobi
membaca dapat mengisi masa lapang dan dapat menghalang seseorang itu daripada
melakukan perkara yang tidak berfaedah,benarlah kata orang tua-tua masa itu
emas.
Kepentingan
membaca seterusnya ialah mencetuskan idea baru. Dalam pertandingan kreativiti
dan inovasi sememangnya memerlukan idea-idea baru untuk diketengahkan bagi
memikat hati para hakim.Idea baru boleh diteroka melalui bacaan buku-buku sains
dan teknologi terkini termasuklah ensiklopedia yang lengkap mengenai inovasi
ciptaan . Idea baru juga diperlukan oleh pelajar untuk menyertai pertandingan
pidato,forum remaja ,bahas ala parlimen dan sebagainya.Idea baru tentang
pertandingan bahasa biasanya terdapat dalam Majalah Dewan Siswa,Dewan Masyarakat,Pelita Bahasa dan Solusi.
Bahan bacaan bercorak ilmiah mampu menjana idea baru untuk digarapkan oleh
pelajar dalam pertandingan menulis esei,surat untuk Perdana Menteri dan
sebagainya.Tuntasnya,banyak membaca mampu menjana kreativiti dan idea baru untuk
membangunkan negara bertepatan dengan
slogan kempen membaca tahun 2000 ’Masyarakat
Berilmu Pemangkin K-Ekonomi’.
Kesimpulannya,membaca mestilah dijadikan gaya hidup
masyarakat seperti masyarakat Jepun yang sentiasa membaca buku di mana-mana
sahaja.Trend positif membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin baik
melalui pelbagai kempen membaca wajar dipertingkatkan. Menurut Pertubuhan Pendidikan,Saintifik
dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) Malaysia telah menduduki
tempat ke-16 daripada 110 negara dalam
usaha menyemai budaya membaca.Oleh itu, semua pihak mestilah berusaha
menjadikan membaca sebagai budaya hidup dan menepati suruhan Tuhan ,”bacalah
dengan nama Tuhanmu”.
No comments:
Post a Comment