Anak dipangku
diletakkan
kera dihutan disusui
Petikan
seloka di atas menggambarkan sikap mementingkan orang luar lebih daripada
keluarga sendiri.Seloka ini sememangnya mengingatkan saya tentang sebuah kisah
kira-kira lima tahun yang lalu.Pak Mat dan Mak Munah mempunyai empat orang anak.Dua orang anak lelaki mereka
sudah bekerja manakala dua orang anak perempuannya sedang menunggu peluang
pekerjaan.Pak Mat seorang kerani sekolah yang hanya menghitung hari untuk
bersara.Mak Munah pula sejak mula berkahwin dulu sehinggalah sekarang bekerja
keras membanting tulang membantu suaminya.Mak Munah menjual nasi lemak dan juga
mengambil upah mengasuh anak jiran tetangga.
Sudah
ramai anak jiran tetangga yang dijaga oleh Mak Munah tetapi anak En .Latif lain
daripada yang lain.Pak Mat dan Mak Munah amat mengasihi Bedah .Bedah dijaga
bagai menatang minyak yang penuh.Semua kehendak Bedah akan dituruti.Mahu anak
patung mahal,mahu kereta kawalan jauh,mahu PS2, sebuat sahaja pasti akan
ditunaikan.Masa itu keempat-empat anak Pak Mat dan Mak Munah sedang membesar.Duit poket ke
sekolah hanya 50 sen seorang. Joyah anak bongsu Pak Mat sungguh terkilan.Tidak
pernah memegang anak patung ‘Barbie’ tetapi adik emas dilayan bagai puteri.
‘Sungguh tidak adil,orang luar
dapat ,aku tak dapat”, rintih hati Joyah.
Masa
berlalu.Bedah sudah dewasa.Minggu depan Bedah akan melaporkan diri di sebuah
univerisiti . Kebetulan Pak Mat sudah sebulan pencen.Dapat durian runtuh ,duit
pencen RM 100,000.00
En.Latif ,isterinya dan Bedah
selalu sahaja berkunjung ke rumah Pak Mat.Ada udang di sebalik batu.Bedah bijak
memujuk.Mahu sebuah motosikal,sebuah komputer riba dan duit pendaftaran
RM2000.00.Semuanya dapat bagai bulan jatuh ke riba.Begitu juga En.Latif ,dapat
duit pendahuluan untuk Proton Wiranya.
Sementara itu anak sulung Pak Mat
,Kamil yang bekerja sebagai seorang pemandu lori ,turut mempunyai seorang anak yang bakal melanjutkan pelajaran
ke universiti tempatan.Masalah kewangan menghantui keluarga Kamil.
‘Ayah,boleh
tak beri bantuan untuk Mimi ,Mil tak cukup wang ni,” kata Kamil kepada ayahnya.
‘Aku bukan cop duit,’ marah Pak
Mat.Suaranya meninggi. Mak Munah juga merayu.Tetapi Pak Mat diam membantu.
Kamil sungguh terkilan dengan
sikap ayahnya, kera di hutan disusui.Anak orang dijaga ,darah sendiri dibiarkan
melarat.
No comments:
Post a Comment