Friday 9 December 2011

Novel Kembara Amira( Sinopsis)


Sinopsis

Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir. Di hutan tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai. Amira juga telah berkenalan dengan Malique.

Thursday 8 December 2011

Novel 6:20 Tingkatan 3 (Siti Jasmina Ibrahim)

Sinopsis Novel( Bahagian Pembangunan Kurikulum)


Bab 1 – Isnin
             Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir.  Sukma, anak Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut.  Sukma yang tidak mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar.  Malangnya, perempuan tua tersebut sudah tiada.  Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu ‘Tamadun Islam Melalui Seni Bina’ yang diajar Profesor Darul.