Saturday 22 September 2012

Cantuman pelbagai Kaedah dalam menulis karangan( Asas Untuk Murid Halus)



1.      Sejak belakangan ini,penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa.Penggunaan telefon bimbit telah mendatangkan pelbagai kesan kepada pelajar.

Berikan pendapat anda tentang  kesan-kesan negatif  penggunaan  telefon bimbit dalam kalangan pelajar
.

Pendahuluan : Kuat Makan Dapat Sakit Angin

Keadaan /isu semasa
Penggunaan telefon bimbit sudah menjadi keperluan pelajar
Mengapa
Mudah untuk berkomunikasi
Di mana
Di mana-mana sahaja
Siapa
Para pelajar,ibu bapa
Apa
Apakah kesan

Pendahuluan;
            Penggunaan  telefon bimbit sudah menjadi keperluan yang penting bagi para pelajar.Hal ini demikian kerana pelajar mudah berkomunikasi dengan ibu bapa atau rakan-rakan sama ada melalui sistem pesanan ringkas atau perbualan langsung.Di mana-mana sahaja kita akan melihat para pelajar ,ibu bapa dan  masyarakat menggunakan kemudahan komunikasi ini.Tanpa disedari penggunaan telefon bimbit ini sebenarnya membawa pelbagai kesan negatif.Soalnya apakah kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit terhadap pelajar?
Kaedah Merangka isi/Idea ( I C2 K 2P )     IC Kad Pengenalan
Idea 1
Membazirkan wang
Contoh 1
Menggunakan wang saku untuk tambah nilai
Contoh 2
Persaingan memiliki jenama terkini
Kesan 1
Tiada wang untuk makan di kantin, atau membeli buku rujukan  atau alat tulis
Kesan 2
Mencuri /membebankan ibu bapa
Penegas
Penggunaan telefon bimbit menyebabkan kos sara hidup meningkat
Indah
 Ukur baju di badan sendiri

            Antara kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ialah membazirkan wang.Sebagai buktinya mereka menggunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa untuk menambah nilai sekurang-kurangnya RM 10.00 sehari.Ada juga bersaing sesama rakan untuk memiliki jenama terkini seperti Samsung generasi “Y”,Nokia Lumia yang berharga RM1500.00 ke atas.Kesannya pelajar tiada wang untuk makan di kantin,membeli alat tulis atau membeli buku rujukan. Selain itu,akibat yang paling serius ialah pelajar sanggup mencuri wang keluarga atau orang kampung untuk membeli telefon bimbit  berjenama dan canggih.Tegasnya penggunaan telefon bimbit hanya menyebabkan kos sara hidup keluarga meningkat dan para pelajar sewajarnya bersikap rasional seperti kata pepatah ukur baju di badan sendiri,cukuplah sekadar telefon bimbit biasa,yang penting berfungsi sebagai alat komunikasi.

Kaedah IMBaKUP
Idea 2
Disalahgunakan
Mengapa
Dorongan nafsu/rakan
Bagaimana
Fitnah ,  gambar lucah
Kesan
Rosak akhlak
Ungkapan
Langit terbuka
Penegas
Telefon bimbit menjadi salah satu punca masalah gejala sosial

            Selain itu, telefon bimbit disalahgunakan oleh para pelajar.Atas desakkan nafsu,persekitaran dan rakan-rakan, mereka akan memuat naik gambar-gambar lucah,fitnah-memfitnah,ugutan malah ada yang menggunakan telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan atau ada juga ‘menjual diri’ melalui telefon bimbit.Sebagai akibatnya berlakulah masalah sosial seperti pelacuran,gay,lesbian, dan akhirnya keruntuhan akhlak yang akan meranapkan tamadun manusia  serta meletakkan taraf manusia seperti haiwan ternakan terutamanya dalam era langit terbuka ini.Jelasnya telefon bimbit menjadi punca masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar jika tidak dipantau dengan berhemah oleh ibu bapa.
Kaedah TFFP ( Tengok Fa Fau Pengsan)
Topik/idea
Menjejaskan kesihatan pelajar tanpa disedari
                           Frasa 1             Frasa 2
Frasa 1
Gelombang elektromagnet memusnahkan sel otak dan  sel saraf
Frasa 2
Penyakit kanser/kematian
Penegas
Pembunuh senyap



            Di samping itu,penggunaan telefon bimbit juga akan menjejaskan kesihatan para pelajar tanpa disedari oleh pelajar itu sendiri atau ibu bapa mereka.Kesihatan seseorang pelajar akan terjejas kerana gelombang elektromagnet memusnahkan sel otak dan sel saraf secara perlahan-lahan.Tanpa diduga sel-sel kanser mula menular di dalam badan  dan akhirnya membawa maut ketika usia masih muda.Akibatnya negara akan kehilangan tenaga pakar atau tenaga kerja yang akan membina wawasan negara pada masa akan datang.Tuntasnya telefon bimbit  menjadi pembunuh senyap rakyat Malaysia.Mati semut kerana gula,manusia mati kerana teknologinya yang tidak mesra alam dan  sewajarnyalah para pelajar dinasihatkan tidak terlalu ketagih dalam penggunaan telefon bimbit.

Kaedah ICKP
Idea 3
Membuang  masa
Contoh
Leka dengan SMS/berbual atau bermain pelbagai permainan
Kesan
Tidak ada masa untuk menelaah pelajaran/membaca/bersenam
Penegas
Telefon bimbit mencuri masa pelajar /akan lahir generasi yang lemah jati diri
Indah
Masa itu emas
           
            Sebelum menyentuh konklusi fokus perbincangan kita tertumpu kepada  isu  para pelajar membuang masa sehingga mengabaikan peranan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh ,mengejar kecemerlangan akademik ,seterusnya menjawat jawatan penting demi kelangsungan kepimpinan negara. Para pelajar leka dengan sistem pesanan ringkas,berbual kosong,bermain pelbagai permainan siber sehingga tiada masa untuk menelaah pelajaran,membaca buku,berdiskusi dengan rakan-rakan dan juga bersenam untuk kesihatan mental serta fizikal. Pepatah masa itu emas tidak membawa apa-apa makna bagi para pelajar kerana keseronokan adalah matlamat utama dalam hidup pada usia remaja ini.Tegasnya telefon bimbit telah mencuri masa pelajar,melahirkan pelajar yang lemah jati diri dan hanya membentuk pelajar menjadi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Kesimpulan Harapan Harapan Cadangan
kesimpulan
            Kesimpulannya, telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang penting tetapi mempunyai pelbagai kesan buruk kepada kita.Penggunaannya selamat jika kita sentiasa berwaspada atau menggunakannya dengan cermat.Penggunaan telefon bimbit boleh membawa kesan yang baik atau buruk ,semuanya bergantung kepada individu itu sendiri,tepuk dada tanya iman.Sementara  itu pihak kerajaan melalui SIRIM  mestilah mengkaji dan menyelidik teknologi yang mampu menghalang radiasi daripada telefon bimbit agar semua pengguna akan terselamat semasa menggunakan ‘bom jangka’ ini.

No comments:

Post a Comment